Lady Gaga Goes Classy Untuk Koleksi Tiffany HardWear - Glam Malaysia

Lady Gaga Goes Classy Untuk Koleksi Tiffany HardWear

Iklan Tiffany & Co. yang menampilkan penyanyi pop antarabangsa Lady Gaga telah pun dikeluarkan semasa Super Bowl awal tahun ini dan jenama barang perhiasan ikonik itu kini telah mengeluarkan gambar-gambar rasmi daripada kempen tersebut.

 

Foto: David Sims

Lady Gaga mengenakan beberapa ceraian daripada koleksi fesyen jewelry Tiffany HardWear yang digayakan oleh Grace Coddington untuk menampilkan imej yang klasik dan anggun tetapi pada masa yang sama edgy.

 

Foto: David Sims

“Saya sangat suka Tiffany HardWear kerana ia berbeza dan anggun — tetapi bukan apa yang anda sangkakan untuk keanggunan. Seperti saya — Saya sedikit berbeza,” nyata Lady Gaga dalam satu kenyataan rasmi.

 

“Pada saya, Tiffany adalah muktamad dan ikonik, tetapi pada masa yang sama sentiasa maju ke hadapan dan berkembang dengan masa.”

 

Koleksi Tiffany Hardwear akan mula dijual di Tiffany.com pada 2 Mei ini, dan kedai-kedai di serata dunia mulai 28 April.

See also
25 Gadis Bond