Kostum Halloween 2024 Yang Cool, Seksi, dan Santai - Wajib Cuba - Glam Malaysia

Kostum Halloween 2024 Yang Cool, Seksi, dan Santai – Wajib Cuba

1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hati-hati, ada sesuatu yang menakutkan akan berkeliaran pada malam Halloween. Ini adalah idea kostum Halloween terbaik untuk tahun 2024.

Siap sedia untuk malam penuh misteri dan seram! Musim Halloween akan tiba tidak lama lagi, serlahkan kreativiti dan “vamp up” sisi ‘liar’ dalam diri anda pada malam Halloween tahun ini. Perayaan yang menyeronokkan dan menakutkan yang disambut setiap tahun pada 31 Oktober. Hadiri parti Halloween dengan penuh gaya sambil mengikuti meme terkini atau budaya pop ikonik terbaik sebagai rujukan dari tahun ini yang akan membantu untuk memilih kostum Halloween yang sempurna. Ingin menjadi Joker dan Lee Quinzel atau Deadpool dan Wolverine? Inilah juga masa yang sempurna untuk menyalurkan aura “It Girl” dalam diri dan menyerlahkan gaya fesyen yang berani. Sama ada anda ingin tampil chic, menyeramkan, atau gabungan kedua-duanya untuk idea kostum yang menangkap intipati gaya dan trend terkini.

Outfit Halloween Pilihan Terbaik 2024

Elphaba dan Glinda

halloween Dari filem Wicked terbaharu, serlahkan gaya besama rakan dengan menggunakan cat muka hijau dan pakaian serba hitam untuk Elphaba, serta gaun merah jambu dengan tiara untuk Glinda.

See also
Pilihan GLAM: Lima Gaun Paling Diingati Tahun 2020