Koleksi Terbaru Daripada Modest Wear UMMA
UMMA, jenama modest wear yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kini kembali dengan empat koleksi terbaru buat penggemarnya. Item yang dikeluarkan oleh jenama ini menggabungkan garis sofistikated yang mudah, dan mencerminkan standard kekuatan, kecantikan, keberanian, kebebasan, dan kemerdekaan wanita UMMA. Identiti wanita UMMA terbukti dalam setiap lipatan kain dan setiap perinciannya.
UMMA telah berevolusi dari reka bentuk yang minimal kepada fabrik bercetak bagi koleksinya. Selain itu, koleksinya juga terdiri daripada hijab, pakaian keperluan, pakaian tradisional dan aksesori. Pada musim perayaan, koleksi pakaian lelaki turut diperkenalkan. Berikut adalah empat koleksi terbaru untuk wanita bertudung yang gemarkan sesuatu yang moden namun tampak sederhana.