Label barangan kulit terkemuka Itali ini terkenal dengan cara pembuatan artisanal penuh teliti dan halus. Teknik seperti anyaman atau lebih dikenali sebagai intrecciato menjadi sentuhan signature Bottega Veneta sejak mula melahirkan tas berkualiti pada 1966. GLAM himpun pilihan terbaik daripada pra musim luruh yang tampil segar dengan mainan warna dan tekstur.