Koleksi Adi Busana Paling Menawan Pilihan GLAM

Koleksi Paling Menjiwai Semangat Haute Couture Untuk Minggu Adi Busana 2019

Haute couture merangkumi semua yang di luar jangkaan. Ibarat mimpi indah tidak dijangka. Gabungan fabrik, siluet, dan perincian menakjubkan untuk menangkap minat mereka yang melihat. Memanipulasi visi setiap yang melihat dan memberikan interpretasi berbeza daripada fesyen RTW.

 

Iris Van Herpen menggunakan kemahirannya untuk menggabungkan fabrik dengan teknologi lantas menghasilkan koleksi mengagumkan. Maria Grazia Chiuri selaku ringleader Dior menggamit emosi ceria daripada orang ramai dengan koleksi inspirasi sarkas. Koleksi ketiga Clare Waight Keller buat Givenchy pula menampilkan penggunaan latex yang diberi sentuhan adi busana, selaras dengan visi moden Waight Keller.

 

Klik seterusnya untuk melihat koleksi-koleksi adi busana yang mengagumkan untuk musim Spring/Summer 2019 ini.

4 of 5

Chanel

Bertempat di Grand Palais, Karl Lagerfeld membawa pengunjung pertunjukannya ke sebuah taman mewah disebalik ribut salji di bahagian luar lokasi tersebut. Menggunakan kurun ke-18 sebagai inspirasinya (Pameran La Fabrique du luxe: Les marchands merciers parisiens au XVIIIe siècle), Lagerfeld menggunakan elemen flora untuk menekankan visinya ke dalam setiap ceraian. Siluet yang kukuh diseimbangkan dengan kelembutan perincian.