Koleksi Neo Klasik Uniqlo SS25
Koleksi Neo Klasik Uniqlo SS25

Koleksi Neo Klasik Uniqlo SS25 Buat Penggemar Gaya Kasual

Jenama pakaian UNIQLO memperkenalkan koleksi LifeWear Musim Bunga/Panas 2025 melalui satu pratonton eksklusif di OneBangsar.

Tema musim ini, Modern Neo Classic. Ia diinspirasikan oleh musim bunga yang tenang di Copenhagen dan musim panas yang ceria di Athens, membawa pengaruh global ini Malaysia. Koleksi terkini ini meraikan falsafah LifeWear yang menekankan kesederhanaan. Selain itu, kualiti dan kefungsian menawarkan perspektif segar pada pakaian klasik yang tidak lapuk ditelan zaman.

Dengan penumpuan pada rekaan yang timeless, koleksi ini fokus kepada kehadiran yang ringkas melalui material berinovasi. UNIQLO menawarkan pilihan lapisan yang serbaguna, disesuaikan dengan pelbagai gaya pakaian. Rekaan musim ini fokus kepada pakaian klasik, menghasilkan gabungan yang moden tetapi kekal relevan.

Diinspirasikan oleh minimalisma dan effortless di Copenhagen dan kehangatan bercahaya musim panas di Athens. Koleksi UNIQLO ini menafsirkan semula gaya klasik dengan tona neutral. Selain itu, lapisan ringan dan siluet segar juga diketengahkan. Dari keanggunan semula jadi musim bunga di Copenhagen hingga cahaya cerah musim panas di Athens, setiap karakter kota ini memberi pengaruh pada rekaan LifeWear. Ia menghasilkan pakaian serbaguna yang mudah menyesuaikan diri dengan sebarang majlis. Ruang pratonton direka dengan teliti untuk mencerminkan suasana bandar moden pada musim bunga dan panas, mencipta pentas sempurna untuk koleksi ini.

See also
Uniqlo Memilih J.W. Anderson Untuk Kolaborasi Terbaru Mereka

UNIQLO

Koleksi Pakaian Dari SS25 UNIQLO

Dari segi keselesaan dan kesesuaian dengan iklim panas Malaysia, koleksi Musim Bunga/Panas 2025 UNIQLO menekankan bahan yang sejuk dan boleh bernafas seperti Linen, memastikan keselesaan sepanjang hari. Pakaian utama seperti Bra Tops, Sport Utility Wear (SUW), dan koleksi Denim mempamerkan rekaan inovatif yang menggabungkan praktikaliti dan gaya. Serta membolehkan pemakai beralih dengan mudah dari pagi musim bunga ke malam musim panas.

UNIQLO

Antara pakaian utama dalam koleksi LifeWear Musim Bunga/Panas 2025 adalah Premium Linen Shirt. Ia terkenal dengan keselesaan yang boleh bernafas dan penampilan yang lebih elegan. Untuk pertama kalinya, pratonton ini turut memperkenalkan koleksi UT (T-shirt UNIQLO). Menampilkan rekaan eksklusif yang diinspirasikan oleh Picasso, Peanuts, dan seni pop New York. Pakaian berfungsi seperti SUW—termasuk AIRism, Dry-EX, dan produk Pelindung UV. Serta pakaian serbaguna seperti Wide Straight Jeans dari koleksi Denim melengkapkan barisan koleksi, memastikan gaya dan praktikaliti digabungkan untuk setiap acara.

Artikel Berkaitan: 9 Personaliti Wanita Curi Perhatian Di Paris Fashion Week Men’s 2025

See also
ADI BUSANA DIOR MUSIM LURUH/SEJUK’16 MENGETENGAHKAN PERIHAL NAFAS BARU JAKET BAR DAN SIMBOLIK NUASA HITAM DAN PUTIH.