Koleksi Mengimbau Kenangan Khoon Hooi
Koleksi Mengimbau Kenangan Khoon Hooi

Koleksi Mengimbau Kenangan Khoon Hooi

Sempena Tahun Baru Cina 2025, Khoon Hooi dengan bangganya mempersembahkan koleksi yang merangkumi kepelbagaian  dalam gaya, semangat, dan kehidupan.

Terdiri daripada pelbagai rekaan tradisional dan kontemporari, koleksi Khoon Hooi kali ini menggabungkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden. Menyanjungi wanita dari semua peringkat umur, setiap helaian direka dengan teliti untuk memikat dan memberi inspirasi yang sesuai untuk memulakan tahun yang dipenuhi keberuntungan.

Khoon Hooi

 

Bagi memulakan tahun ular, keluarga Lee menyambut Tahun Baru Cina secara urban dengan mengenakan pakaian bergaya moden. Pakaian tradisional yang direka dengan bijak memainkan kontras: gabungan elemen keras dan lembut. Cetakan berani, pelbagai tekstur, serta gabungan inovasi dan reka bentuk konvensional menyampaikan keharmonian yang sofistikated untuk perayaan dengan sentuhan moden.

Khoon Hooi

 

Generasi ke-4 keluarga Lee tiba ke makan malam perjumpaan dalam gaya penuh glamor. Setelah bertahun-tahun berada di luar negara, para adik-beradik ini pulang ke tanah air dengan kerinduan akan tradisi dan suasana perjumpaan semasa perayaan ini. Makan malam perjumpaan diadakan di Warong Old China, di tengah-tengah Kuala Lumpur. Pakaian perayaan adik-beradik Lee menyerlahkan lagi hiasan berkonsepkan China lama, namun tetap menonjol dengan warna dan teksturnya.

See also
Gaya Fesyen 'Summer' Kendall Jenner

Khoon Hooi

 

Josh menyambut orang tuanya dengan ucapan selamat sambil mengenakan sut tang HENG berwarna merah dari Khoon Hooi. Manakala Karena dan Ketty memukau para hadirin dengan qi pao satin baldu jacquard SHI YA dan cheongsam dua helai AN YA yang sepadan. Perayaan menjadi lebih meriah dengan hidangan dan perbualan mesra yang diiringi lagu-lagu Tahun Baru Cina klasik. Daripada pemain rekod vintaj hingga ke pemandangan yang  seperti potret keluarga zaman dahulu jika tidak kerana sentuhan moden pada pakaian adik-beradik Lee.

Khoon Hooi

Tahun ini, Khoon Hooi dengan rendah hati mengajak anda untuk meluahkan gaya peribadi dengan penuh keyakinan bagi menyambut Tahun Ular. Raikan interpretasi warisan kontemporari sambil menambahkan glamor dan keanggunan pada setiap penampilan!

Artikel Berkaitan: Rahsia Tampil Bergaya dengan Blazer Coklat – Trik yang Ramai Tak Tahu!