Koleksi Gabungan Feminin Dengan Kasut Teknikal Sandy Liang x Salomon

Koleksi Gabungan Feminin Dengan Kasut Teknikal Sandy Liang x Salomon

Jenama nostalgik dari New York berkolaborasi buat kali kedua bersama jenama pakaian outdoor terkenal dengan koleksi Sandy Liang x Salomon. 

Kembali dengan kolaborasi yang kedua, jenama yang berasal dari kota New York, Sandy Liang, dan jenama kasut Salomon menggabungkan ciri-ciri kasut teknikal bersama elemen feminin. Koleksi Sandy Liang x Salomon kali ini memperkenalkan dua gaya baharu: Speedcross 3 Ribbon dan RX MJ yang membawa dua gaya berbeza, harmoni dengan sepasang kasut. Ini bukanlah kolaborasi pertama Sandy Liang dan Salomon. Hubungan antara kedua-dua jenama ini bermula di New York Fashion Week pada September 2021 dan 2023. Mereka pernah bekerjasama menghasilkan koleksi pertama yang menampilkan rekaan semula ikon Salomon dengan sentuhan feminin Sandy Liang. 

Sandy Liang x Salomon

“Kolaborasi pertama kami tertumpu kepada pengemasan kini gaya Salomon dengan elemen nostalgia dan kewanitaan. Kali ini pula, saya teruja dengan peluang untuk mengembangkan idea saya untuk menghasilkan rekaan yang lebih menyerlahkan unsur-unsur Sandy Liang.” ujar Sandy Liang. Sandy Liang terkenal dengan jenama yang menawarkan sentuhan halus yang mengekalkan ciri feminin si pemakai. Antara butiran Sandy Liang yang jelas terlihat dalam koleksi terbaru ini ialah perincian riben dan siluet kewanitaan, khas bagi gadis yang mahu mengembara sambil tampak bergaya. 

See also
#PFW: HERMÈS A/W 2019

“Kami teruja untuk mengumumkan kerjasama kedua dengan Sandy Liang,” kata Alex van Oostrum, Pengurus Pemasaran Global, Sportstyle. “Visi kreatif Sandy telah membentuk koleksi ini, dan kami berbesar hati untuk memperkenalkan intipati teknikal Salomon yang kini disempurnakan dengan sentuhan lembut.”

Sandy Liang ialah seorang pereka yang mendapatkan inspirasi daripada zaman kanak-kanaknya dan ahli keluarganya. Membesar di Bayside Queens, Liang bekerja dengan kumpulan kecilnya untuk menghasilkan rekaan yang kaya dengan memori. Salomon pula merupakan antara jenama pakaian outdoor yang besar di dunia. Salomon terkenal dengan produk mereka yang merupakan kombinasi antara inovatif dan bergaya. 

Koleksi Kasut Sandy Liang x Salomon

Speedcross 3 Ribbon Sandy Liang merupakan kasut larian jejak yang ringan dan berkusyen dengan perlindungan dan kestabilan tambahan. Kasut ini  menampilkan gaya yang dikemas kini daripada salah satu kasut ikonik Salomon, Speedcross 3. Speedcross 3 Ribbon menggabungkan prestasi teknikal kasut larian dengan keanggunan siluet balet. Sentuhan halus kasut ini dilengkapkan dengan riben satin merah jambu yang boleh diikat sampai ke betis, seperti kasut balet. Speedcross 3 Ribbon Sandy Liang ini tersedia dalam warna Black/Cloud Pink dan berharga RM899.

Diinspirasikan oleh gaya kasut Mary-Jane, Sandy Liang memperkenalkan RX MJ yang direka dengan sentuhan feminin untuk mengekalkan gaya kewanitaan. Kasut ini adalah hibrid RX MOC 3.0 yang dilengkapkan dengan ciri keselesaan untuk meningkatkan wearability dan breathability. Lelaran terkini ini menampilkan kusyen ringan dengan kulit nubuck dan 3D open mesh untuk keselesaan yang tiada tandingan. RX MJ boleh didapati dengan  warna Black dan Vanilla Ice, dan berharga RM899.

 

Sandy Liang x Salomon

Koleksi Sandy Liang x Salomon ini boleh didapati dalam pelbagai saiz bermula 16 Julai 2024 untuk prapesanan di Laman Web Rasmi Salomon Malaysia. Koleksi ini juga boleh didapati secara eksklusif di Salomon The Exchange TRX bermula 27 Julai 2024.