Koleksi Aksesori 'Edgy' Baru Dari Balmain Jun Ini - Glam Malaysia

Koleksi Aksesori ‘Edgy’ Baru Dari Balmain Jun Ini


 

Balmain, diketuai oleh pereka fesyen berbakat Olivier Rousteing akan melancarkan koleksi aksesori terbaru mereka pada bulan Jun ini.

 

Jenama mewah ini melancarkan sebuah video menampilkan Olivier di dalam video yang kelihatan edgy dan minimal sambil dia memakai beberapa aksesori berona emas yang bakal muncul dalam koleksi terbaru mereka ini seperti seutas jam, beberapa bentuk gelang dan juga headphones yang kelihatan sangat ranggi dan pada masa yang sama lazim dengan jenama Balmain yang dikatakan diinspirasikan oleh  elemen muzik.

 

01-balmain-accessories

 

Koleksi rekaan aksesori, tas-tas untuk lelaki dan juga wanita dan juga sepatu yang baru dari Balmain akan ditampilkan pada 21 Januari ini semasa pertunjukan koleksi luruh/sejuk lelaki dan juga pre-fall wanita dan akan berada di butik-butik Balmain pada bulan Jun ini.

 

“Kami mempunyai pelbagai jenis tas dan kasut yang tidak mahal untuk mereka yang menyukai dunai Balmain, tetapi tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan untuk aspek couture,” terang Olivier dalam usahanya untuk mengahsilka koleksi aksesori yang menunjukkan kepelbagaian pengikut-pengikut Balmain.

See also
Pertunjukan Fesyen Pertama Dolce & Gabbana di Luar Itali

 

02-balmain-accessories

 

Pengarah Kreatif Balmain, Olivier dan pasukannya menghasilkan koleksi ini dengan tiga sumber inspirasi yang jelas: sejarah dan arkib jenama tersebut, penguasaan berterusan atelier Balmain dalam teknik couture, dan gaya yang diperkenalkan oleh Olivier yang sudah menjadi sinonim dengan jenama Balmain. Gabungan tiga elemen ini menghasilkan koleksi yang berkualiti dan bermutu tinggi yang sesuai dengan Balmain.