Kolaborasi Vetements x Levi's Menampilkan Bare Butt Jeans - Glam Malaysia

Kolaborasi Vetements x Levi’s Menampilkan Bare Butt Jeans

Everybody has a favourite pair of jeans.

 

A post shared by VETEMENTS (@vetements_official) on

Vetements, jenama yang terkenal dengan stail eksentrik mereka, nampaknya just outdone jeans clear-knees Topshop dengan menghasilkan jeans yang membolehkan anda membuka zip hingga ke bahagian punggung anda ataupun: bare butt jeans.

 

Apa sebabnya? We don’t even know.

 

Jenama fesyen dari Perancis itu telah berkongsikan sekeping foto yang menampilkan jeans yang diperkatakan itu sempena kolaborasi mereka bersama jenama denim ikonik Levi’s yang kini boleh didapatkan di mytheresa.com.

 

A post shared by VETEMENTS (@vetements_official) on

Koleksi Vetements x Levi’s ini juga turut menawarkan high-rise distressed jeans dan beberapa jaket.

 

Vetements bukanlah jenama pertama yang menjadi topik perbualan ramai kerana jeans mereka.

 

Calvin Klein pernah dilanda kontroversi untuk promosi koleksi denim mereka dengan menggunakan supermodel Brooke Shields yang berusia 15 tahun pada waktu itu yang diarah untuk menggunakan kata-kata provokatif.

See also
Pakaian Angkasa Prada untuk Misi NASA: Anda Takkan Percaya Teknologinya

 

Alexander Wang juga menjadi topik hangat tetapi bukan untuk rekaan denimnya. Iklan mereka yang menampilkan rakan Wang, model Anna Ewers tanpa seurat benang dan seluar denim Wang yang disarungkan di bawah paras lutut Ewers.

 

But kontroversi paling besar yang melibatkan denim adalah pakaian all denim Britney Spears dan Justin Timberlake semasa American Music Awrads 2001. Just, why?