Kolaborasi Idaman Antara Tommy Hilfiger x Vetements - Glam Malaysia

Kolaborasi Idaman Antara Tommy Hilfiger x Vetements

Tatkala rakyat Amerika Syarikat meraikan hari kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai, Tommy Hilfiger mengambil kesempatan itu untuk membuat pengumuman yang menerujakan pada Instagramnya untuk dunia fesyen.

 

Selepas menggegarkan dunia fesyen pada tahun 2016 dengan jumlah kolaborasi bersama 19 jenama, Vetements dan Tommy Hilfiger bakal mengeluarkan koleksi kolaborasi istimewa buat peminat fesyen.

 

So excited for our collab! @Vetements @TommyHilfiger

A post shared by Tommy Hilfiger (@thomasjhilfiger) on

Koleksi kapsul yang terdiri daripada ceraian unisex ini bakal dikeluarkan pada Februari akan datang.

 

Mengikut laporan WWD Demna Gvasalia, CEO Vetements, bertemu dengan Tommy Hilfiger buat kali pertama untuk membincangkan kolaborasi ini enam hingga sembilan bulan yang lalu. Hanya beberapa bulan yang lalu mereka mendapat persetujuan untuk kolaborasi ini.

 

“Saya merasa sangat teruja. Apa yang mereka telah lakukan setakat ini adalah genius. Mereka mempunyai peraturan mereka sendiri. Mereka juga melakukan apa sahaja yang mereka inginkan dan pada bila-bila masa sahaja,” ujar Hilfiger dalam satu kenyataan.

See also
Dua Lipa Curi Perhatian dengan Gaun Merah & Orkestra di Royal Albert Hall

 

#VETEMENTSxTOMMYHILFIGER #VETEMENTSxREEBOK SS18

A post shared by VETEMENTS (@vetements_official) on

Koleksi ini akan menampilkan ceraian-ceraian seperti hoodies, baju-T, dan juga stokin dalam pelbagai rona warna.

 

“Ia merupakan gaya jalanan luxe. Tiada siapa boleh buat apa yang mereka lakukan,” ujar Hilfiger lagi.

 

Kolaborasi mereka buat masa ini hanyalah untuk kali ini sahaja, namun Hilfiger tidak akan menolak peluang untuk berkolaborasi bersama Gvasalia pada masa akan datang.