Dilahirkan pada 30 Oktober 1981, Ivanka merupakan anak kedua Donald Trump bersama Ivana Trump. Beliau merupakan bekas model dan kini seorang pengusaha perniagaannya sendiri, termasuklah jenama fesyen bereponim namanya. Sebagai pewaris empayar bapanya, Ivanka juga dipilih sebagai Naib Presiden Eksekutif bagi bahagian perhotelan dan hartanah syarikat Trump Organization. Beliau boleh berbicara dalam 2 bahasa yakni Inggeris dan Perancis.