Kempen Terbaru Gucci Bersama Kucing Besar Di Rome - Glam Malaysia

Kempen Terbaru Gucci Bersama Kucing Besar Di Rome

[soliloquy id=”59288″]

 

Jenama ternama Gucci baru sahaja melancarkan kempen terbaru mereka dan selain daripada model-model yang membintangi kempen tersebut, Gucci menjemput beberapa rakan kita yang berkaki empat.

 

Gucci menampilkan seekor harimau belang, seekor harimau bintang dan seekor singa dalam kempen mereka di mana dua ekor haiwan ini ‘bergaya’ di samping model-model.

 

Gambar-gambar kempen yang yang diambil oleh jurugambar Glen Luchford itu turut menampilkan satu gambar di mana harimau tersebut sedang megunyah sebuah beg duffel.

 

Foto-foto ini di ambil di sekitar Rome, tempat kelahiran jenama tersebut, yang menampilkan tempat-tempat seperti sebuah hotel, kafe dan Air Pancutan Trevi dengan harimau tersebut di dalamnya.

 

“Kucing-kucing liar dengan selambanya bersiar-siar di sekeliling kota romantis di samping watak-watak kami, seekor zirafah dibeir makan anggur sambil mereka makan al fresco, dan singa dan harimau dialu-alukan ke dalam rumah mereka sambil menonton TV,” nyata Gucci mengenai kempen tersebut yang menampilkan koleksi SS17 Alessandro Michele yang diinspirasikan oleh gaya kelab malam 70-an.

See also
Lima Item Fesyen Untuk Tingkat Penampilan Raya

 

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid