Kempen S/S17 Kenzo “Music is My Mistress” Dibintangi Bintang-bintang
Untuk kempen Musim Bunga/Panas ‘17 Kenzo kali ini akan menampilkan bintang-bintang terkemuka juga seperti yang mereka telah lakukan dengan kempen Kenzo x H&M yang menampilkan beberapa selebriti seperti supermodel Iman, rapper Chance the Rapper, pelakon Rosario Dawson dan Chloe Sevigny, dan juga pemuzik Ryuichi Sakamoto.
Untuk kempen terbaru mereka ini pula, Carol Lim dan Humberto Leon yang juga merupakan pereka utama untuk jenama Opening Ceremony, memang tidak asing lagi dengan idea kempen mereka yang mencabar masyarakat dari segi politik dan juga budaya.
Kempen kali ini akan dikeluarkan dalam bentuk filem pendek juga yang ditulis dan akan diarahkan oleh Kahlil Joseph (penyumbang utama album Lemonade oleh Beyoncè) yang bertajuk “Music is My Mistress” dan akan ditayangkan hujung Februari ini.
Bintang-bintang yang bakal ditampilkan dalam kempen ini adalah pelakon dan penerima anugerah Golden Globe , pelakon dan aktivis menawan Jesse Williams, dan juga ahli muzik Kelsey Lu. Black excellence!
Lihat foto-foto yang dikeluarkan oleh Kenzo untuk kempen SS17 mereka: