Kempen Solo Pertama Camila Cabello Bersama Guess - Glam Malaysia

Kempen Solo Pertama Camila Cabello Bersama Guess

Camila Cabello yang kini bergelar penyanyi solo selepas meninggalkan kumpulan kegemaran ramai, Fifith Harmony, nampaknya sudah lazim dengan title solonya dengan beberapa lagunya sendiri, persembahan di majlis anugerah berprestij Hollywood dan kini membintangi kempen fesyen untuk Guess.

 

Dalam foto kempen yang dikongsikan itu, Cabello yang lahir pada tahun 1997 boleh dilihat memberikan aura 90-an dengan ceraian seperti siluet high-waisted, kemeja-t grafik, denim dan juga kulit.

 

Cabello kini menyambung legasi beberapa nama besar yang pernah menjadi muka kempen Guess seperti Drew Barrymore, Naomi Campbell, Claudia Schiffer, Adriana Lima, dan Gigi Hadid.

 

“Saya merasa sangat teruja untuk berkolaborasi bersam Guess untuk kempen yang luar biasa ini. Saya membesar dengan estetik mereka yang saya sukai dan tidak pernah terlintas pun dalam diri saya bahawa saya berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada jenama ini,” nyata Cabello dalam satu kenyataan.

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto: Guess