Kempen Baru Alexander Wang Menampilkan Drake, Kim K dan Snoop? - Glam Malaysia

Kempen Baru Alexander Wang Menampilkan Drake, Kim K dan Snoop?

[soliloquy id=”59388″]

 

Alexander Wang yang terkenal dengan rekaannya juga terkenal dengan ‘The Wang Squad’ yang sering ditampilkan dalam kempen-kempennya dan kempen terbaru Alexander Wang untuk Musim Bunga 2017 yang bertemakan rager disempurnakan dengan penampilan Wang Squad.

 

Foto-foto yang dikeluarkan untuk kempen ini menunjukkan Alexander Wang bersama pasukannya berseronok dari pagi hingga ke pagi esoknya.

 

Selain itu, foto-foto yang diambil oleh Inez dan Vinoodh ini juga mengelirukan peminat dengan kemunculan beberapa bintang-bintang ternama Hollywood seperti Kim Kardashian, Drake dan juga Snoop Dogg. Mereka juga digambarkan sedang berparti bersama-sama Wang Squad.

“Konsep kempen ini adalah mengaburkan garisan antara realiti dan fantasi, untuk menghasilkan satu spekulasi mengenai apa yang benar-benar terjadi dengan apa yang dirancang.” terang Alexander Wang.

 

Apa yang cuba disampaikan oleh Alexander adalah: Drake, Kim K dan Snoop yang dilihat dalam foto-foto tersebut adalah palsu.

 

“Ini adalah berkenaan memerhati dan memusingkan obsesi masyarakat dengan media sosial,” terangnya lagi.

See also
Seri Karpet Merah Grammy Awards 2018 Dengan Fesyen Menawan Barisan A-List

 

“Kami ingin mencadangkan bahawa kedua-dua kisah benar dan palsu untuk menghasilkan rasa sangsi. Sama ada apa yang kita lihat ini benar atau tidak, ataupun sesuatu yang berada ditengah-tengah. Idea asal datang daripada pemerhatian saya semasa melihat feed saya; perasaan yang membuatkan anda terhenti ataupun merasa sangsi terhadap sesuatu. Saya menerima obsesi ini seperti orang lain. Disebabkan kempen ini hanya dikeluarkan di media sosial dan pada masa yang sama sebagai satu komentari, mengaburkan lagi garisan tersebut.”

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid