Kembara Sofistikated Swarovski Dengan Urban Fantasy
Kesibukan, kepelbagaian dan keseronokan bandar-bandar urban menjadi inspirasi utama buat koleksi terbaru Swarovski “Urban Fantasy” Fall/Winter 17/18. Ibarat kesinambungan kepada koleksi Spring/Summer ’17 di mana pengarah kreatif Swarovski, Natahlie Colin, menggunakan seni bina geomatrik Paris dan glamor bandar Los Angeles sebagai tema kali ini dia membayangkan wanita yang berupaya untuk membawa dirinya dalam satu kembara ke bandar-bandar metropolitan dengan koleksi ini.
Here, modernity meets femininity, fun becomes festive, and the daring is simply irresistible.
[envira-gallery id=”69548″]
“Dari pagi hingga malam, 24/7, bandar itu bernafas, menghidupkan tenaga kreatif yang saya terjemahkan ke dalma bentuk rekaan perhiasan. Koleksi ini melambangkan visi kreatif saya untuk Swarovski, menghormati dan menjaga warisan Swarovski yang luar biasa. Mengambil trend untuk wanita moden dan teknik kristal unik yang lebih moden. Swarovski melambangkan modern glamour – dengan kelainan yang menarik,” terang Colin.
Penyatuan seni bina kontemporari dengan garisan organik den gerakan berombak yang menawarkan sifat sensual yang beraksenkan rona warna neutral.
Koleksi Urban Fantasy ini membawa si pemakai dalam satu kembara kehidupan yang membantu mereka untuk menerokai setiap aspek dalam hidup mereka dengan cara yang paling brilliant!