Keluarga Kardashian Mendahului Carta Gaya Krismas! - Glam Malaysia
keluarga kardashian

Keluarga Kardashian Mendahului Carta Gaya Krismas!

Hello GLAM Darlings! The result is out! Selepas dua hari percutian Hari Natal dan kami melihat OOTD selebriti yang mengancam. Kini GLAM mahu kongsikan pula mana gaya hari natal yang menjadi igauan pop culture sekarang. Bukan calang-calang gaya keluarga kardashian ini lagi. Siapa kata pendamik boleh melunturkan semangat untuk semua terus teruja meraikan percutian ini. Warna-warna klasik Hari Natal seperti hijau dan merah terus menjadi pilihan paling teratas untuk dipakaikan pada hari pertama. Ada yang memilih super glamor, ada juga menyarungkan ceraian loungewear. Apa pun pilihan mereka, setiap post yang dimuat naik oleh keluarga kardashian terus diberikan like ikhlas from GLAM! Ini gaya Hari Natal yang kamu puja! Good job, ladies!

Kim Kardashian

Definitely Kim Kardashian adalah Queen of Christmas untuk 2020! Dia memilih adi busana ilham Schiaparelli yang direka oleh Daniel Roseberry, pengarah kreatif jenama itu. Kata Roseberry, dress ini diperbuat daripada getah yang diberi kemasan berkilat dan melekat pada badan. Dicipta juga efek sixpacks untuk menjelmakan rasa kuasa laksana dewi yunani. kain hijau pula dama fabrik baldu. Subang berloket besar serta ular melengkapkan gayanya. Kim Kardashian menjadi wanita pertama yang menyarungkan helaian adi busana 2021 ke acara menyambut Hari Natal.

See also
Kendall dan Gigi: It-girls Kini
Kylie Jenner

Adik seibu, tapi bukan Kardashian, Kylie Jenner pula gah dalam helaian super red Bottega Veneta. Bagaikan melawan watak kakaknya, si Kim yang berbusana serba hijau. Kylie menerbitkan cita rasa sensual. Dress daripada himpunan Bottega Veneta musim luruh 2020 dipilihnya kerana ia dijahit penuh labuci. Kakinya pula indah dalam palitan kasut merah rona senada berjenama Jimmy Choo!

Kendall Jenner

Our favourite top model, Kendall Jenner menyarungkan helaian helaian adi busana juga. Tidak mahu kalah dengan Kim Kardashian! She is rocking helaian couture Alexandre Vauthier yang diperbuat daripada fabrik lame metalik emas. Kendall atas pertolongan penata gaya peribadinya, juga memilih subang emas Mi Manera dan gelang tangan pula adalah rekaan Goossens Paris. Kasut dengan cetakan kulit kuda belang itu berjenama Giuseppe Zanotti!

Pautan Berkenaan: Dalam Diam Kim Kardashian Meminati Dr. Pimple Popper