Kebebasan Wanita Dengan Estetik Intrinsik Giuseppe Zanotti
Giuseppe Zanotti sering dikenali dengan estetik signaturnya yakni suntikan eksentrik, berani, dan pada masa yang mewah.
Untuk koleksi musim luruh/sejuk 2018 mereka, setiap ceraian diberi nafas dan interpretasi baru yang mengangkat lagi kaliber Giuseppe Zanotti sebagai sebuah jenama yang gemar melanggar peraturan fesyen untuk memberikan kebebasan kepada setiap wanita Zanotti.
[envira-gallery id=”81970″]
Dengan rekaan yang lebih transversal, rumah fesyen ini memberikan karakter kepada setiap ceraian sekaligus menampilkan keseimbangan yang baru buat koleksi ini dengan pendekatan yang berani dan megah. Menggabungkan elemen kristal, gelas plexi dan perincian bulu pelepah kepada sandal suede menggamit rasa drama dan mewah. Kulit nappa dengan regangan lembut pula ibarat lapisan kulit kedua yang selesa ditambah pula dengan tumit ice cube untuk gaya menawan.
[soliloquy id=”81971″]
Giuseppe Zanotti benar-benar memecahkan sempadan yang menghalang mereka daripada mengecapi kebebasan melalui rekaan mereka yang serba boleh nan glamor.