Kate Spade New York 'TAKEOVER' Sunway Pyramid - Glam Malaysia
Kate Spade New York 'TAKEOVER' Sunway Pyramid

Kate Spade New York ‘TAKEOVER’ Sunway Pyramid

KATE SPADE MENYAMBUT MUSIM LIBURAN AKHIR TAHUN DENGAN BINAAN STOR POP-UP CANDY INSPIRED DI SUNWAY PYRAMID. KATE SPADE ‘TAKEOVER’ BEBERAPA BAHAGIAN DI SUNWAY PYRAMID UNTUK MENYEMARAKKAN KEHADIRAN KOLEKSI MUSIM PERAYAAN 2022. ANNA JOBLING ANTARA SELEBRITI YANG HADIR. 

Kate Spade New York 'TAKEOVER' Sunway Pyramid

Anna Jobling & Athina Kamaruddin

Kate Spade New York melancarkan pengambilalihan di beberapa bahagian Sunway Pyramid, termasuk gelanggang luncur sempena mempersembahkan koleksi Holiday 2022. Bersama-sama dengan pembukaan stor pop-up berinspirasikan ‘Candy Bar; yang menarik. Stor pop-up dibina untuk menyemarakkan semangat dan keterujaan sempena musim perayaan dan menjemput komuniti lokal untuk menyertai dan bersama-sama menikmati suasana gembira musim perayaan. 

Dibuka untuk kunjungan orang ramai dari 8 hingga 26 Disember 2022, stor pop-up berinteraktif menjemput orang-orang fesyen khasnya untuk memulakan musim perayaan dalam paduan gaya Kate Spade

Kate Spade New York 'TAKEOVER' Sunway Pyramid

Christina & Jesstina Kuan

Kate Spade New York 'TAKEOVER' Sunway Pyramid

Hannah Delisha, Nadia Brian & Emma Maembong

Diilhamkan oleh hiasan gula-gula yang terlihat pada seluruh koleksi Kate Spade New York Holiday 2022, terdapat juga tawaran hadiah bentuk gula-gula. Yang nyata mengambil inspirasi daripada seni gaya koleksi perayaan yang dipamerkan. Ini termasuk pada rekaan ready to wear, beg tangan, beg mini, beg tote, dompet, dan banyak lagi pada aksesori unik musim ini. Musim kali ini, pola ragam warna yang diadaptasi Kate Spade cukup eksploratif dengan desain unik nan ikonik. 

See also
Millennial It-Girl: Puteri Afzan Shakira

Dari rangkaian beg dan aksesori kecil, Kate Spade mencampurkan ragam motif dengan warna-warna gula-gula. Ragam motif juga mendapat sorotan pada beg bahu variasi bentuk yang menjadi item pilihan GLAM. 

Anna Jobling & Athina Kamaruddin antara yang kelihatan…

Tambah menarik lagi, pengunjung boleh cuba bermain aplikasi permainan digital yang membolehkan anda memenangi hadiah istimewa dari Kate Spade di https://sugarrush.kspadeexperiencemy.com/

Bagi memeriahkan majlis, selebriti dan pereka kandungan digital, seperti Anna Jobling, Athina Kamaruddin, Jestinna Kuan, Christina Kuan, Shazabae, Emma Maembong, Hannah Delisha dan Isha Norsham antara yang hadir sambil membawa beg tangan Kate Spade New York koleksi Holiday 2022. 

 

Artikel berkaitan: BONIA X Nuxe, Masanya “GLOWING” Bersama Tas Mirror Micro yang Chic