Kate Spade New York Dibeli Oleh Coach Dengan $2.4 Bilion - Glam Malaysia

Kate Spade New York Dibeli Oleh Coach Dengan $2.4 Bilion

Coach telah mengumumkan bahawa mereka kini memiliki nama jenama terkenal Kate Spade New York dengan harga tawaran bernilai $2.4 bilion.

 

Dengan pembelian ini, Coach bermatlamat untuk menubuhkan sebuah syarikat gaya hidup mewah yang besar dan setanding dengan LVMH yang baru-baru ini telah membeli Christian Dior dengan harga $13.1 bilion.

 

Jenama Kate Spade New York akan dikekalkan dan Coach juga akan memastikan kebebasan Kate Sapde daripada pengaruh mereka secara artistik. Coach memilih Kate Spade kerana kesedaran jenama tersebut dalam golongan muda, terutamanya generasi milenial.

 

“Melalui pembelian ini, kami akan menghasilkan rumah gaya hidup yang mewah dan moden di New York, didefinasikan oleh keaslian, produk tersendiri dan inovasi fesyen,” terang ketua pegawai Coach, Victor Luis.

 

Kate Spade telah memasuki pasaran jualan semenjak November tahun lalu kerana sebuah dana terhad telah menyatakan yang jenama ini kurang bernilai di pasaran saham. Coach pula sedang menjalani perubahan dari segi imej dan pelan perniagaan.

See also
Trend Aksesori Di Pentas Couture Musim Luruh 2015

 

Coach juga telah membeli Stuart Weizman dengan harga $574 juta pada Januari 2015.