Kapsul Masa Louis Vuitton - Glam Malaysia

Kapsul Masa Louis Vuitton

Mendiang Louis Vuitton mempunyai seni tangan yang cukup agung dalam penghasilan bagasi dan beg pada eranya lantas membuka jenama sendiri di Paris dan bengkel pertamanya di 4 Rue Neuve-Des-Capucines. Sejak itu legasi seni pertukangan serta penghasilan bagasi label Louis Vuitton menjulang naik dan dikait rapat dengan seni kembara. Ia membuahkan satu kisah sarat tentang dunia kembara, gaya hidup dan praktikaliti di pameran Time Capsule yang berlabuh di Kuala Lumpur. Pameran ini berlangsung di taman KLCC, bermula 10 pagi hingga 10 malam dan bakal berakhir pada 28 Julai. GLAM kongsi antara item menarik yang dipamerkan.

Salah satu kempen yang pernah disiarkan oleh Louis Vuitton buat Saks Fifth Avenue dengan bagasi corak monogram buat mereka yang berlibur dengan kapal layar.

 

Kereta kembara HKV yang sesuai untuk aktiviti berkhemah diperkenalkan pada 1909.

 

Bagasi yang direka khas oleh Louis Vuitton buat Andre Citroen pada 1924 yang dipakai olehnya sewaktu siri jelajah Croisiere Jaune yang membawa kereta sepanjang Laluan Sutera.

 

Bagasi beg yang direka untuk diletakkan sebagai alas kaki dalam kereta. Beg ini diperbuat menggunakan kulit.

 

Pada 1916, beg pemandu dalam fabrik kanvas dilancarkan.