Manifesto Terbaru Chanel Untuk 2018 Menampilkan Kaia Gerber

Kaia Gerber Merentas Masa Buat Manifesto Terbaru Kempen Chanel

Seorang gadis Chanel adalah wanita yang menzahirkan keyakinan dalam apa jua yang dilakukannya, terutamanya dalam hal fesyen dan gaya. Persis pengasas rumah ikonik ini sendiri, Madame Gabrielle "Coco" Chanel. Legasi wanita hebat ini merupakan inspirasi buat ramai wanita zaman moden ini dan dengan bantuan Karl Lagerfeld sebagai pengarah kreatif, nama Madame Chanel akan berterusan untuk beratus tahun akan datang.

 

Speaking of Chanel's legacy, antara signatur koleksi rumah fesyen ini adalah tas tangan mereka yang telah mengharungi perederan zaman demi zaman namun masih lagi mengekalkan aura dan keagungan Chanel yang digemari ramai.

Untuk kempen tas tangan Chanel mereka kali ini, mereka menggabungkan elemen lama dan baru dengan memperkenalkan Kaia Gerber menggayakan setiap tas tangan bersejarah Chanel di pangsapuri Madame Chanel sendiri. Dari tas tangan 11.12 mereka sehinggalah ke tas tangan Boy mereka yang terbaru, Gerber turut memberikan ilham kepada kempen ini sebagai wakil gadis Chanel terkini yang menjiwai semangat Maison Chanel.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse