Peragawati melewati pentas Jonathan Liang dengan helaian rona hitam putih siluet moden namun ianya tidak terhenti di situ. Kot trench biru dengan perincian seakan tekstur, skirt metalik merah jambu, jaket corak bunga, serta perincian flora yang cukup memukau pada dress jarang.