Kemunculan semula John Galliano dalam industri fesyen membangkitkan semula keterujaan peminat fesyen antarabangsa. Beliau yang dahulunya pernah mencetuskan kontroversi 4 tahun lalu, tampil dengan semangat baru menampilkan himpunan untuk musim akan datang. Kini Galliano bersama Maison Martin Margiela mempersembahkan gaya yang tersendiri dengan menyerlahkan identiti kedua nama ini dalam setiap rekaan. Galliano masih lagi mengekalkan keunikannya di pentas peragaan Paris Fashion Show Spring/Summer 2015 membuatkan ramai pemerhati fesyen makin berminat menantikan karya seterusnya pada himpunan akan datang.