Jennifer Lopez nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan dan juga fesyen, tidak pernah mengecewakan dengan gaya karpet merahnya yang sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat dan pengkritik fesyen.
She delivered again semasa Latin Grammy Awards ke-17 pada 17 November yang lalu dengan tiga gaya yang glamorous dan menawan. Gaya pertamanya adalah semasa di atas karpet merah Jennifer menggayakan jumpsuit violet gelap oleh Zuhair Murad dan solekan bersahaja. Ditambah pula rambutnya yang panjang dan sleek mencecah ke pinggangnya.
Untuk gaya kedua J-Lo pada malam itu, dia mengenakan romper emas berlengan panjang oleh Elie Saab dan digayakan dengan kasut oleh Giuseppe Zanotti. Untuk melengkapkan look ini, solekannya masih simple dan ayu.
Foto oleh: Rodrigo Varela/WireImage
Gaya terakhir Jennifer pada malam tersebut merupakan dress off-white bermanik Labourjoisie dengan fringed caftan yang mempamerkan kakinya yang mulus.
Foto oleh: Lester Cohen/WireImage
Jennifer juga mengejutkan penonton semasa persembahannya bersama bekas suami Marc Anthony with a kiss!