Jennifer Lopez Diumumkan Wajah Global Coach Yang Baru
Coach welcomes a new ambassador! Penyanyi, pelakon, usahawan, pereka fesyen dan mogul Jennifer Lopez diumumkan sebagai duta global yang baru untuk jenama Coach. Kerjasama ini bakal menyaksikan Jlo untuk muncul dalam beberapa siri kempen pengiklanan global untuk jenama ini bagi barangan kulit, pakaian dan kasut, bermula musim bunga 2020.
Menerusi kenyataan dalam Instagram Coach, Jlo turut teruja dengan kerjasama fesyen ini dan menyifatkan Coach jenama yang tidak makan dek masa. Ulas Jlo lagi, ‘Coach adalah antara jenama kegemarannya, dan seringkali mencerminkan gaya peribadinya, iaitu gabungan uptown dan downtown‘.
Stuart Vevers, Pengarah Ekskekutif Coach pula berkata, Jlo adalah seorang yang autentik. “Lopez adalah seorang yang sentiasa nekad dan asli, dan seringkali mengikut jalannya yang tersendiri dalam melakukan sesuatu yang diingininya. Dia benar-benar mencerminkan semangat Coach serta kempen terbaru kami”, akui Vevers. Malah, Jlo sendiri pernah menjinjing beg Coach dalam salah satu video muziknya, iaitu All I Have sepuluh tahun lepas.
Walau bagaimana pun, masih belum ada respon rasmi dari pihak Coach akan status Selena Gomez yang merupakan wajah kempen Coach sebelum ini sejak tahun 2016.