Jejak Anggun Longchamp, Koleksi Kasut Terkini Untuk Diterokai - Glam Malaysia

Jejak Anggun Longchamp, Koleksi Kasut Terkini Untuk Diterokai

Himpunan kasut Longchamp dari koleksi Musim Sejuk 2025 meraikan keanggunan wanita Parisienne melalui rekaan yang menggabungkan kelembutan dan semangat pengembaraan dalam setiap langkah penuh gaya.

Bagi wanita Parisienne, musim sejuk datang bersama keindahan yang mengujakan. Saat udara mulai dingin dan kabus menari lembut di langit kelabu, gaya juga berubah dengan keanggunan yang baharu. Koleksi kasut Longchamp menjadi pelengkap sempurna bagi setiap penampilan, menghadirkan keanggunan Parisienne yang lembut dengan sentuhan inspirasi British yang terasa klasik namun segar.

Koleksi Kasut Longchamp: Gaya Parisienne Bertemu Sentuhan British

Setiap langkah wanita Parisienne memiliki cerita tentang kehalusan rasa dan keanggunan yang tenang namun memikat. Koleksi Curly ballet flats menjadi antara pilihan terbaik buat penata gaya wanita yang menggemarkan stail minimalis. Teksturnya yang lembut seperti bulu halus memberi kehangatan pada setiap langkah, dengan kasut ballet yang cukup in-trend. Sementara itu,  Le Foulonné velvet ballerinas pula menambah seri dengan dua gesper bujur keemasan yang menyerlahkan sentuhan mewah, boleh dipadankan sebagai penata gaya harian. Sisi berani pula tampil terserlah melalui versi material kulit anak lembu bercorak harimau yang memberi semangat rock’n’roll pada keanggunan klasik. Namun di antara semua pilihan, Le Roseau ballet flats kekal sebagai simbol elegan yang nyata mempersonakan, dihiasi pengancing buluh menyerupai permata yang memantulkan sinar musim sejuk.

See also
Koleksi Longchamp Musim Dingin Dengan Dualiti Seni

Langkah wanita Parisienne tidak hanya terhenti di kota, untuk perjalanan yang lebih jauh, La Voyageuse derbies dalam kulit lembu menjadi pilihan utama dengan gaya preppy yang kemas dan tumit tebal penuh keyakinan. Untuk tambahan koleksi gerobok kasut, La Baroudeuse ankle boots dalam material suede kulit anak lembu adalah mesti miliki, memadukan gaya dan ketahanan secara harmoni yang nyata praktikal. Koleksi diteruskan dengan La Cavalière, but bertumit rendah dengan hujung empat segi serta tali silang di pergelangan kaki yang mencipta siluet memukau.

Menurut Pengarah Kreatif Longchamp, Sophie Delafontaine, koleksi musim ini adalah cerminan semangat perjalanan. Setiap rekaan bertumit mahupun tanpa tumit, menyeimbangkan keselesaan dengan keberanian dalam bentuk yang feminin dan anggun. Deretan koleksi kasut ini membawa pernyataan gaya yang pesona Parisienne dengan suntikan elemen British yang menjelmakan esen effortlessly stylish.

Artikel berkaitan: Simbol Gaya Parisienne Yang Bersahaja, Longchamp Le Foulonné

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.