Jakarta Fashion Week 2026: Legasi Gaya Yang Terus Hidup - Glam Malaysia

Jakarta Fashion Week 2026: Legasi Gaya Yang Terus Hidup

Jakarta Fashion Week 2026 meraikan ‘The Legacy of Style’, dan GLAM turut serta menjadi Official Media Partner dalam mengangkat legasi fesyen Nusantara ke pentas serantau.

Menandai detik penuh gaya dalam kalendar fesyen serantau, Jakarta Fashion Week (JFW) 2026 kini menjadi tumpuan dunia fesyen serantau dengan himpunan kreativiti dan warisan budaya yang berpadu indah di kota Jakarta. Bertempat di Pondok Indah Mall 3 dari 27 Oktober hingga 2 November 2025, edisi ke-18 ini mengangkat tema “The Legacy of Style”, satu penghormatan kepada akar tradisi yang menjadi sumber inspirasi kepada rekaan moden masa kini. Lebih daripada sekadar pentas peragaan, JFW 2026 menyerlahkan kekuatan identiti fesyen Indonesia yang kekal utuh pada warisan namun berjiwa global, serta memancarkan seni kreatif buat barisan pereka fesyen dengan jenama kebanggaan mereka.

dandy.hendrata@gmail.com

Merayakan ‘Legacy of Style’ Di Kota Jakarta 

Sebagai acara tahunan paling berpengaruh dalam industri fesyen Indonesia, Jakarta Fashion Week 2026 menjadi ruang pertemuan antara generasi pereka baharu dan nama-nama besar industri. Pentas fesyen ini turut dihiasi oleh barisan pereka dan jenama terkemuka seperti Buttonscarves, Rama Dauhan Gold, Francis Libiran, Frederic Lee serta ramai lagi yang menampilkan koleksi masing-masing. Dari rekaan kontemporari hingga elemen tradisional yang disuntik semula dengan nafas moden, pentas peragaan menggambarkan perjalanan evolusi fesyen Nusantara yang terus berkembang. Rumah fesyen terkemuka dari Malaysia, Rizman Ruzaini juga bakal mempersembahkan koleksi mereka pada 1 November akan datang.

See also
Eksekutif Herve Leger Dipecat

Dengan sokongan padu daripada pelbagai rakan strategik dalam industri fesyen, kecantikan serta gaya hidup, acara ini bukan sahaja mempersembahkan kemewahan visual, tetapi juga memperlihatkan sinergi antara kreativiti dan inovasi. Momentum JFW 2026 ini turut digerakkan oleh pelbagai kolaborasi berimpak tinggi, memperlihatkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem fesyen serantau yang dinamik.

Dalam semangat serantau yang menyatukan cita rasa dan kreativiti tanpa batas, GLAM turut sukacita melangkah sebagai salah satu media rasmi, Official Media Partner Jakarta Fashion Week 2026, menjalin aspirasi serumpun dalam meraikan legasi gaya dan kreativiti Nusantara. Penglibatan ini menandakan komitmen GLAM dalam meraikan fesyen dan warisan Nusantara dari perspektif fesyen serantau, sekaligus menghubungkan nadi industri Malaysia dan Indonesia di bawah satu bahasa gaya yang sama.

Artikel Berkaitan: #Recap: Tiga Jenama Dari Asia Tenggara Bersinar Di Minggu Fesyen Dubai 2024

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.