Interpretasi 'Individual Moments' Oleh Miu Miu - Glam Malaysia

Interpretasi ‘Individual Moments’ Oleh Miu Miu

Miu Miu mempersembahkan kempen yang diadaptasi daripada kehidupan orang ramai bersempena koleksi Musim Luruh/Sejuk 2024 dengan penampilan khas oleh Cara Delevingne, Ethel Cain, Charlotte Cardin, MINNIE, Little Simz dan Caitlin Soetendal. 

‘Individual Moments’ merupakan kempen terkini oleh Miu Miu Musim Luruh Musim Sejuk 2024. Koleksi ini adalah refleksi yang menyentuh akan pengalaman peribadi melalui fesyen. Ia diinspirasi daripada pelbagai peringkat kehidupan manusia, merangkumi segalanya dari zaman kanak-kanak hingga dewasa. Dalam pada itu, ia mempunyai spektrum gaya yang luas, daripada maskulin kepada feminin dan formal kepada kasual. Koleksi ini bukan sahaja mengkaji bagaimana pakaian mempengaruhi sesetengah individu, tetapi juga meneroka hubungan timbal balik iaitu cara seseorang mentakrifkan semula pakaian melalui ekspresi dan identiti unik mereka.

 

‘Individual Moments’, Kempen Terkini Miu Miu Yang Sentimental.

Tetapan untuk kempen ‘Individual Moments’ ini menampilkan latar belakang putih yang terang dengan tambahan permaidani berpusing. Turut dilengkapi dengan pilihan kerusi tersendiri yang disusun atur, elemen ini menambat serta menyerlahkan koleksi Miu Miu dengan lebih lagi. Jenama mewah ini mempamerkan pelbagai item fesyen dengan kombinasi yang menarik. Antara elemen yang menjadi perhatian adalah kot cerpelai berkilau yang dipadankan dengan pakaian chemisier atau jaket trucker berseluar denim. Di samping itu, aksesori sarung tangan kulit yang bergaya dengan perincian jahitan mengecut juga menjadi item fesyen yang cukup chic. Buat penggemar gaya berlebihan, jaket bulu bersaiz besar dengan padanan skirt tiub flanel merupakan penampilan yang hangat.

See also
Summer Dress Pilihan Blogger Fesyen Popular

Koleksi Musim Luruh Musim Sejuk 2024 ini juga memberi sorotan pada aksesori dengan gadingan yang tidak konvensional. Contohnya, kasut kulit yang dikontraskan dengan kasut kulit lama menjadi item memikat dan ia merupakan kolaborasi antara New Balance dan Miu Miu. Selain itu, beg Aventure dan beg Joie yang direka semula dalam kulit nappa lembut dengan perkakasan logam emas dan tali memanjang, menonjolkan gabungan reka bentuk yang klasik dan kontemporari. Nyata, setiap helaian yang dipamerkan menjadi item fesyen terkini lantas menjadikan koleksi ini cukup ‘stylish’.

Kempen ini dirakam oleh lensa Zoë Ghertner, mempersembahkan pelakon serta model termasuk Ethel Cain, Charlotte Cardin, Cara Delevingne, MINNIE, Little Simz dan Caitlin Soetendal. Siri potret ini menggalakkan setiap individu untuk menyatakan diri mereka yang sebenar. Memanfaatkan sifat serba boleh dan sensibiliti dalam fesyen bagi mempertingkatkan daya tarikan. Fesyen, dalam konteks ini, menjadi alat untuk menguatkan ekspresi peribadi dan ia adalah gaya interpretasi oleh Miu Miu.

Artikel Berkaitan: Tetamu VIP Buat Miu Miu Women’s Tales

See also
5 Trend Beg ‘It’ ke Pejabat Yang Wajib Dijadikan Pelaburan