Instagram Pempengaruh Digital Fesyen Lokal Perlu Follow
pempengaruh digital

5 Instagram Pempengaruh Digital Fesyen Perlu Follow Bulan Ini

Semakin banyak pempengaruh digital memelopori ruang media sosial dan memberi pelbagai inspirasi kepada sang pengikutnya. Untuk minggu ini, GLAM ingin menyenaraikan 7 Instagram pempengaruh digital fesyen perlu anda follow bulan ini. 

Setiap daripada kita pasti menekan butang ‘follow‘ pada akaun Instagram seseorang itu baik kerana mereka adalah orang yang kita kenali ataupun kerana mengikuti mereka akibat tertarik dengan gaya hidup mereka. Mereka yang memiliki ramai pengikut ini kita gelarkan mereka sebagai pempengaruh digital (digital influencer). Baik dalam bidang fesyen, kecantikan mahupun siaran gaya hidup, kesemua ini ada pengikutnya yang tersendiri. Budaya pempengaruh digital ini mula popular semenjak 2009, tahun yang mengakibatkan fenomena budaya ini melonjak naik serta-merta.

Ketika itu, platform yang menjadi perhatian adalah YouTube dan blog. Masihkah anda ingat lagi pada Zoella, Tanya Burr, Michelle Phan dan PewDiePie? Jika anda tidak mengenali siapakah mereka, mereka inilah yang digelarkan sebagai ‘OG’ yang telah membina fenomena dunia digital ini dan sehingga ke hari ini budaya ini masih kekal mendominasi sosial media. Jika dahulu, mereka ini lebih banyak dilihat di negara luar, hari ini, di Malaysia sendiri sudah punya digital creator hebat setanding dunia luar.

See also
Diari Cantik: Inarah Sofiya

Lihat 5 Pempengaruh Digital Fesyen Lokal Perlu Anda Follow

#1 Inarah Sofiya

Namanya kini semakin meningkat naik. Kehadirannya di dalam industri fesyen menarik perhatian ramai kerana dia memiliki gaya peribadinya yang tersendiri. Dia punya estetikanya yang tersendiri kala bergaya juga apabila mencipta kandungan untuk media sosialnya. Yang penting, kami dapat merasakan kejujuran dalam setiap postingnya yang dimuatnaik membuatkan kami suka melihat wanita ini baik menerusi gaya hidupnya atau juga gaya peribadinya.

pempengaruh digital

Instagram: Inarah Sofiya

 

#2 Abby Asmaa

Antara pempengaruh digital yang sentiasa tampil kemas dalam gayanya. Sememangnya Abby Asmaa menggemarkan gaya yang agak neat dan minimalis. Wanita ini yang turut merupakan seorang model Muslimah juga sering dilihat berkongsi minatnya terhadap dunia kecantikan. Kami cukup gemarkan estetika yang dimiliki Abby, begitu tenang sekali melihat setiap gambar yang dimuatnaik wanita ini namun masih memberi inspirasi pada pengikutnya.

 

Instagram: Abby Asmaa

 

#3 Aniz Azlan

Melihat Instagramnya sahaja, kita dapat rasakan bahawa Aniz Azlan seorang yang sungguh fun dan energetic personalitinya. Sememangnya setiap momen yang dimuatnaikkan di dalam akaunnya langsung tidak satu pun tampil membosankan. Selain daripada gaya hidupnya yang menyeronokkan, penampilan peribadinya juga amat menarik dan cukup berinspirasi.

See also
Keluarga Kardashian Mendahului Carta Gaya Krismas!

#4 Atisya

Wanita yang semakin mendapat perhatian, Atisya adalah antara wanita yang aktif berkongsi content di laman Instagramnya. Baik berkongsi tentang pilihan fesyennya, kecantikan, gaya hidup atau perkongsian momen kebahagiaan dia dan suaminya. Gayanya yang sungguh segar membuatkan dia antara pempengaruh digital yang menjadi pilihan ramai.

 Instagram Atisya

#5 Nazura Husna

Nazura adalah merupakan model dibawah naungan label The Models Lab KL. Sering tampil dengan dengan gaya peribadi yang cukup chic dan edgy menjadikan Nazura antara pempengaruh digital fesyen Muslimah yang lain daripada yang lain. Kami tertarik dengan gaya sarungan hijab yang sering menjadi pilihan Nazura. Dia adalah antara pempengaruh digital fesyen yang semakin meningkat naik dan yang paling penting tampil asli dengan signatur dan estetikanya yang tersendiri.

Instagram: Nazura Husna