Inovasi Skechers Gowalk Yang Mengagumkan - Glam Malaysia

Inovasi Skechers Gowalk Yang Mengagumkan

Skechers memperkenalkan koleksi kasut GOwalk Max Cushioning Arch Fit terbaharu, gabungan empat teknologi yang canggih untuk tawaran pengalaman keselesaan buat lelaki dan wanita yang tiada tandingannya!

Label yang cukup popular sebagai pemimpin kasut harian global dengan teknologi keselesaan yang terbaik, Skechers kini menghadirkan koleksi terbaru Skechers GOwalk Max Cushioning Arch Fit. Buat pertama kalinya, Skechers telah membawakan koleksi yang digabungkan dengan empat teknologi keselesaan termaju ke dalam satu pasang kasut. Di mana, inovasi Hands Free Slip-ins, Arch Fit, Max Cushioning dan Hyper Arc disuntik, lantas memberikan pengalaman berjalan yang luar biasa dengan keselesaan maksimum apabila memadukannya.

Skechers GOwalk Max Cushioning Arch Fit, Kasut Berteknologi Canggih Dengan Keselesaan Yang Tiada Batas.

Empat inovasi keselesaan utama ini mendefinisikan pengalaman berjalan yang nyata mudah dan selesa. Teknologi Max Cushioning menghadirkan rasa ringan dan keselesaan pemakaian sepanjang hari, manakala Hyper Arc meningkatkan kecekapan berjalan bagi memastikan pelancaran untuk setiap langkah. Sementara itu, inovasi Hands Free Slip-ins memberi kemudahan buat si pemakai dan Arch Fit pula diperakui oleh pakar podiatri sendiri. Terbukti, reka bentuk kasut ini memancarkan esen keselesaan, praktikal serta sokongan yang cukup mengagumkan.

See also
Butik Pop-Up Saint Laurent, Pavilion Kuala Lumpur Kini Dibuka

Rangkaian koleksi ini terdiri daripada tujuh reka bentuk unik yang terbahagi kepada dua siri utama buat lelaki dan wanita. Tiga warna dalam siri lelaki telah mendapat Penghargaan Sijil Penerimaan dari Persatuan Perubatan Podiatri Amerika (APMA), menegaskan komitmen Skechers dalam menghasilkan kasut yang mengutamakan keselesaan dan prestasinya. Ia menggabungkan inovasi keselesaan yang menyeluruh, mencipta rekaan yang tampil berbaloi sebagai penata gaya harian.

Koleksi ini turut menampilkan reka bentuk laceless buat wanita dengan perincian atas kain rajutan yang direka untuk kemudahan pemakaian tanpa tali. Ia disertai dengan Heel Pillow yang nyata eksklusif, untuk keselesaan tambahan. Bagi lelaki, model kasut dilengkapi dengan material mesh, reka bentuk vegan yang boleh dicuci serta sokongan teknologi Arch Fit untuk penyerapan hentakan yang lebih baik. Dengan teknologi seperti Ultra Flight dan Max Cushioning, koleksi ini memberikan sokongan berpanjangan serta keselesaan tanpa kompromi. Lantas, menjadikannya pilihan ideal untuk keseimbangan antara gaya dan kefungsian. Koleksi Skechers GOwalk Max Cushioning Arch Fit kini sudah tersedia di kedai berkonsep terpilih dan juga secara atas talian,

See also
Idea Gaun Perkahwinan Daripada Couture FW2021/22