Ini Trend Fesyen Yang Memancarkan Aura ‘Diva’s Coded’!
Trend ‘diva’s coded’ mengangkat semula aura glamor wanita dengan gaya yang berani, dramatik dan penuh keyakinan, mencipta semula definisi moden tentang bagaimana seorang diva tampil menguasai pentas fesyen masa kini.
Love to look fashionably like a diva? Trend ‘diva’s coded’ ternyata meraikan sisi feminin yang paling powerful, menampilkan gaya yang nyata berani namun tetap anggun. Dari siluet tajam, stiletto tinggi mahupun butiran berbulu yang tampak glamor, GLAM himpunkan deretan trend fesyen dari koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2025 yang menyuntik estetika aura seorang diva.
Hi Diva, Ini Deretan Trend Fesyen Untuk Anda!
1. Fur Real

Dalam Trend Diva’s Coded 2025, bulu sintetik menguasai koleksi FW25 dengan pesona yang tak tertanding, membaluti tubuh dengan kemewahan yang terasa hidup. Label termasuk Gucci, Balenciaga, Prada, Dior dan juga Michael Kors menafsirkan semula bulu sebagai pernyataan gaya yang penuh glamor. Walau trend fesyen ini sudah lama wujud, namun ia sentiasa menjelma sebagai lambang keanggunan yang tidak pernah padam dalam menggambarkan keberanian wanita yang tidak gentar menonjolkan sisi glamor dan dramatik dalam gayanya. Selebriti seperti Emma Corin mencuri perhatian di Venice Film Festival 2025 dalam helaian Miu Miu, manakala Dua Lipa memukau ribuan penonton ketika di Radical Optimism Tour dalam mantel bulu yang berkilauan di bawah cahaya pentas. Perincian bulu ternyata menghadirkan pesona esen klasik dengan aura glamor masa kini.
2. Power Shoulder

Siluet bahu yang melebar kembali menguasai dunia fesyen, membentuk gaya wanita moden yang tegas, berani dan sofistikated dalam satu nafas yang sama. Power shoulder menjadi simbol kekuatan yang terbungkus dalam kecantikan, mengangkat semula roh glamor era 80-an ke pentas masa kini dengan sentuhan yang lebih tersusun dan kontemporari. Potongan jaket berstruktur, gaun berpotongan tajam mahu pun blaus yang membingkai tubuh, ia mencipta garis baharu tentang bagaimana ia boleh tampak berkuasa namun kekal feminin. Saint Laurent, Chanel dan Fendi menterjemahkan pesona ini melalui rekaan yang tegas namun memukau, memadukan daya feminin dan elemen maskulin ke dalam helaian yang lantas mencipta esen stylish. Diperlihatkan Victoria Beckham dan Hailey Bieber memperagakan trend ini dalam lanskap fesyen yang kian mendefinisikan semula makna kehebatan. Power shoulder berdiri megah sebagai lambang dominasi halus yang terus mencorak naratif wanita bergaya.
3. Sparkle Sequins

Kilauan glamor menjadi bahasa sensual fesyen. Di mana, pantulan cahaya pada fabrik berlabuci menonjolkan setiap gerak tubuh lantas menjadi pentas yang menawan pandangan. Barisan jenama seperti Gucci, Dolce & Gabbana serta Giorgio Armani mempersembahkan keindahan ini di dalam koleksi FW25 mereka. Butiran labuci pastinya menyalakan semula daya tarikan yang menyeronokkan dengan sentuhan kontemporari yang menggoda. Sabrina Carpenter yang sentiasa memilih busana glitters diperlihatkan dengan aura bintang di pentas jelajahnya, begitu juga Taylor Swift yang menyerlah di Anugerah Grammys dalam gaun merah menyala, manakala Emma Stone menghadirkan kemewahan elegan ketika di Oscars 2025 hanya dengan berbusana gaun labuci. Ini jelas menunjukkan trend sparkle sequins mampu memantulkan pesona aura seorang diva effortlessly.
4. Animal Prints

Cetakan haiwan kembali menggigit dunia fesyen dengan tenaga liar yang mempesona, mencipta gelombang penuh kekinian di pentas Musim Luruh/Musim Sejuk 2025. Dari corak belang harimau hingga bintik leopard, corak haiwan menyajikan simbol keberanian dan sensualiti dengan daya tarikan primal yang terasa moden dan penuh keyakinan buat si pemakai. Roberto Cavalli, Fendi serta Valentino menyalurkan semangat eksotik ini melalui helaian yang menyeimbangkan keghairahan dan kemewahan, seolah-olah setiap fabriknya menyimpan rahsia rimba yang penuh memikat. Selebriti seperti Miley Cyrus mencuri tumpuan dengan penampilan berani, memadukan busana corak kulit ular, tatkala Rita Ora menzahirkan sisi glamornya dalam palet haiwan yang secara tidak langsung tampil menonjol. Dalam arus fesyen yang terus berubah, fenomena trend animal prints menjadi pernyataan fesyen yang kekal berdiri sehingga hari ini.
5. In Metallic Elements

Rona metalik membawa elemen yang muncul sebagai gema moden kepada glamor klasik, mewujudkan pantulan cahaya yang menawan buat setiap ruang dan pandangan pada penampilan. Rona berkilau ini memeluk tubuh dengan keyakinan futuristik namun tetap anggun, menggambarkan keberanian wanita yang bersinar dalam setiap tampilan. Dolce & Gabbana dan Giorgio Armani mempersembahkan tafsiran yang memadukan kemewahan dengan ketegasan, di mana tona perak, emas dan gangsa diterjemahkan menjadi busana yang menyuntik keindahan moden. Pelakon ikonik Demi Moore tampil berseri di pentas SAG Awards dalam persalinan gaun metalik yang memantulkan sinar seolah-olah aurora yang hidup. Begitu juga, Mariah Carey menyalakan pentas dengan pancaran glamor yang abadi ketika di Anugerah MTV VMA 2025. Kilauan ternyata menjadi elemen penata gaya wanita yang mudah untuk bersinar tanpa takut menonjol.
6. The Higher, The Hotter

Tiada yang lebih ‘Diva’s coded’ jika tidak memadankan kasut tumit tinggi, ikon klasik yang sejak dahulu lagi menjadi senjata wanita berkarisma. Setiap langkah bertumit tinggi membawa pesona yang sukar ditandingi, memanjangkan siluet tubuh sambil menambah keyakinan dalam setiap gerakan. Lady Gaga menghidupkan aura seorang diva dengan stailnya yang unik, memecah norma dengan tumit setinggi langit yang menjerit keberanian. Sementara Jenna Ortega memperlihatkan sisi muda yang edgy namun tetap anggun, nyata bijak menggayakan kasut tumit tinggi sebagai senjata untuk tampil menawan. Setiap tumit membawa menggambarkan tentang keyakinan diri dan tarikan pesona, seolah semakin tinggi tumit, semakin panas auranya dan semakin diva pesonanya!
Artikel berkaitan: Kitaran Trend Fesyen Mengikut Zaman
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.

