Pernah mencipta fenomena tersendiri dengan gaya bohemian yang menjadi ikutan serta potongan rambut ala Edie Sedgwick, Sienna Miller kini bangkit dengan imej yang lebih moden dan elegan. Sama ada muncul di hamparan merah atau disaat melangkah keluar dari hotel penginapannya, aktres ini tampil mempesona dengan siluet potongan kemas yang masih mengekalkan cita rasa beraninya dalam suai padan gaya. Ditambah dengan rambut potongan bob, dia kelihatan sungguh chic dengan estetika lebih dewasa.