Imbas Kembali: Minggu Adibusana SS25 Oleh Deretan Rumah Fesyen Terkemuka
Dalam imbasan kali ini, GLAM menelusuri beberapa sorotan utama yang memukau penonton dan penggemar fesyen, mengungkapkan bagaimana setiap rumah fesyen mengekspresikan visi mereka untuk koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2025 (SS25). Dari siluet yang berani hingga penggunaan siluet yang berani, setiap koleksi membuka lembaran baharu dalam dunia fesyen yang kian berubah-ubah.
Minggu Adibusana Musim Bunga/Panas 2025 (SS25) telah menyaksikan satu pameran fesyen yang luar biasa, di mana jenama-jenama terkemuka dunia mempersembahkan koleksi terbaru mereka dengan penuh kreativiti dan inovasi. Pertunjukan minggu adibusana ini telah berlangsung di ibu negara Perancis dari 27 hingga 30 Januari, dipamerkan oleh himpunan rumah fesyen terkenal seperti Jean Paul Gaultier, Dior, Schiaparelli dan banyak lagi.
Antara yang menjadi sorotan buat Minggu Adibusana SS25 ini ialah Alessandro Michele yang membuat debut koleksi Haute Couture pertamanya untuk Valentino. Selain itu, Sohee Park yang merupakan pengasas label fesyen Miss Sohee berpangkalan di London, juga telah dipilih sendiri oleh Fédération de la Haute Couture untuk memperagakan koleksinya sebagai pereka tetamu pada kalendar. Bercakap mengenai pereka tetamu, Jean Paul Gaultier juga telah menggunakan khidmat Ludovic de Saint Sernin untuk mencipta koleksi couture sekali sahaja untuk rumah fesyennya, berikutan kerjasama musim lalu dengan Nicolas Di Felice dari Courrèges.
Rumah-rumah fesyen terkemuka telah memperkenalkan reka bentuk yang memukau, merangkul perbezaan dan merayakan perubahan dalam dunia fesyen dengan himpunan koleksi couture yang menjadi bualan hangat di media sosial. Misalnya, jenama mewah Chanel yang memanfaatkan palet lembut dan elegan serta membawakan gabungan rona terang dan neutral. Begitu juga dengan Dior yang mengutamakan rona-rona feminin dalam rekaannya, nyata memberi suasana yang segar. Jenama popular, Schiaparelli pula terus melayangkan koleksi yang menjerit nada anggun oleh pengarah kreatif, Daniel Roseberry. Bermain dengan siluet-siluet yang mempersonakan, lantas menghasilkan pentas peragaan yang memukau daya pandangan.
Mengimbas Semula Himpunan Koleksi Minggu Adibusana SS25
1. Jean Paul Gaultier
2. Schiaparelli
3. Valentino
4. Elie Saab
5. Chanel
6. Miss Sohee
7. Armani Privé
8. Dior
9. Ashi Studio
10. Viktor & Rolf
Artikel Berkaitan: ‘Tribut Kepada Hollywood’ Rick Owens Kembali Ke Palais de Tokyo Khas Buat SS25