Ilham Kasut Platform 70-An - Glam Malaysia

Ilham Kasut Platform 70-An

Oleh & Penyelaras:Julia Azman
 
Arahan Seni: Ashura Hakim
 

T54695084_2M

Gambar: TPGImage


 
Kasut bertumit lebar atau luas yang digelar sebagai kasut platform mula dikenali sekitar tahun 70-an. Terkini, ilham kasut terompah kayu kembali diserap di pentas peragaan. Antaranya pentas peragaan Prada. Miuccia Prada membawa inspirasi penuh 70-an yang dipentaskan di Via Fogazzaro dengan simbahan fabrik mewah vintaj ternyata punya cita rasa unik dan klasik.
 
D1028

Gambar: Arkib GLAM


 
GLAM senaraikan beberapa tips menggayakan kasut platform ini.

     

  • Untuk ilusi langsing dan tinggi, gayakan bersama seluar potongan bell-bottom atau wide-length, anda pasti kelihatan persis peragawati.
  • Jika persalinan anda terlalu sarat dengan pelbagai perincian seperti bulu, kulit atau fabrik cetakan, usah gusar kerana gaya maksimum ini mampu membuat anda kelihatan unik dan tampak berbeza. Cuba cipta gaya tersendiri!
  • Bergaya mengikut kemampuan. Jika anda lihat pentas peragaan penuh dengan rekaan kasut platform dramatik tetapi realitinya ia tidak sempurna dek kerana tiada faktor keselesaan lupakan hasrat untuk menyarungnya. Namun, tidak salah jika ingin mencuba tetapi berlatih memakainya di rumah terlebih dulu sebelum terjatuh di jalan.
  • Pilih tapak yang ringin dan mempunyai permukaan bergetah atau rata. Ia akan memudahkan langkah pergerakan anda.
See also
Jovian Mandagie X Lazada

 

T54730349_2M

Gambar: TPGImage


 
T54730256_2M

Gambar: TPGImages