Ilham Fesyen Untuk Temu Janji Romantis - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

Ilham Fesyen Untuk Temu Janji Romantis

Oleh: Aizat Aidid

Wanita masa kini bergaya untuk diri sendiri dan bukan untuk tatapan lelaki. Tetapi tentu sekali anda ingin tampil yakin dan menarik di mata pasangan anda pada malam temu janji romatis bersama si dia. GLAM berkongsi idea fesyen untuk janji temu romantis bersama jejaka tercinta.
Look Fresh

Gambar: Arkib GLAM 

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

MALAM YANG SEKSI Makan malam semestinya satu intipati acara penting tatkala mahu berdua. Apa kata cuba isikan acara belah malam dengan sesuatu yang lebih bermakna. Acara seperti persembahan balet atau pertunjukan teater mungkin memberikan kelainan dalam cara anda meraikan hari kekasih tahun ini. Maka, penampilan juga perlu selesa mengikut selera sosial anda. Sarungkan dress Lanvin, sepatu Jimmy Choo dan beg tangan Chanel anda dan bawa kekasih hati ke galeri seni sebelum makan malam dengan berlatar belakang kerlipan neon kota metropolitan.

Tips Bila memilih dress atau gaun, anda harus bijak menilai fabriknya berdasarkan berat dan keupayaannya untuk bergerak. Jika kain dari jenis yang keras, anda akan nampak boxy. Kalau terlalu nipis pula, persalinan mungkin akan melekap pada setiap lekuk tubuh. Cadangan bagi fabrik terbaik untuk menyempurnakan malam romantis adalah crepe, sutera kapas atau wool garbadine.

Malam yg seksi tips

Dari Kiri: Bare shoulder, Decolletage dan Sexy Back

 

wce

Gambar: Arkib GLAM