Ilham Fesyen Untuk Temu Janji Romantis - Glam Malaysia

Ilham Fesyen Untuk Temu Janji Romantis

Oleh: Aizat Aidid

Wanita masa kini bergaya untuk diri sendiri dan bukan untuk tatapan lelaki. Tetapi tentu sekali anda ingin tampil yakin dan menarik di mata pasangan anda pada malam temu janji romatis bersama si dia. GLAM berkongsi idea fesyen untuk janji temu romantis bersama jejaka tercinta.
Look Fresh

Gambar: Arkib GLAM 

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

LOOK FRESH! Apa kata lupakan seketika untuk makam malam di restoran Michelin berstatus tiga bintang. Ambil langkah lebih segar dengan membawa kekasih berlibur pada siang hari. Ada banyak aktiviti interaktif yang boleh dilakukan bersama. Namun, gaya masih perlu diambil kira biarpun sedang melakukan aktiviti mencabar. Wanita moden sekarang punya selera yang lebih baik dalam bersukan atau sekadar bermalasan di taman. Tempahan spa untuk bermanja diri bersama atau melewati kota lama di Tripoli, Libya berdua dalam ceraian indah musim bunga daripada pentas Burberry Prorsum hingga ke Clover Canyon!

Tips Kasual atau tidak, proportion amat penting. Wanita mana yang mahu nampak pendek, berisi dan tidak menarik depan si dia? Oleh itu, anda perlu menguasai seni mencipta ilusi tubuh sempurna. Antaranya adalah konsep ‘short over long’ atau ‘long over short’. Contohnya adalah paduan dress shift bersama jaket senteng, jaket abuh dengan skinny jeans atau tunik dipakai bersama mini.

Look Fresh tips

Dari kiri: Sweet colors, Long over short and Go Sheer

 

mlm yg seksi

Gmbar: Arkib GLAM