Ikon Fesyen: Veronica Heilbrunner - Glam Malaysia

Ikon Fesyen: Veronica Heilbrunner

T64111452_Max
 
Menguasai laman siber

Beranggapan yang dunia digital sebagai satu medan yang perlu diterokai, maka Heilbrunner membuat keputusan untuk melancarkan laman siber blog tentang fesyen, budaya serta acara yang berlaku sekitarnya. Laman siber bernama Hey Woman! adalah hasil kerjasama bersama bekas Pengarang Digital Vogue, Julia knolle. Laman siber ini hadir dalam bahasa Jerman serta Inggeris.
 
Penasihat fesyen

Sewaktu awal kemunculan Heilbrunner di Minggu Fesyen, dia sering menyarungkan ceraian yang gila-gila serta percikan rona yang menjerit. Namun, setelah berkenalan dengan O’Shea, gayanya mula menjadi lebih relaks kerana teman lelakinya itu menasihatinya untuk percaya pada kecantikan semula jadi yang dimiliki.
 
Stail Jerman

Bermula sebagai peragawati, namun tuah Veronika Heilbrunner lebih pada di meja editorial. Resumenya cukup hebat. Antara tugas yang pernah digalas oleh Heilbrunner adalah sebagai Pengarang Fesyen buat Vogue Jerman, Pengarang Stail buat Harper’s Bazaar Jerman, Pengarang Fesyen Kanan MyTheresa.Com serta pengasas laman siber fesyen, Hey Woman!
 
T59616510_Max
 
Sneakers Chic!

Di awal pembabitannya sebagai pengarang fesyen di Minggu Fesyen Paris, dia sering menggunakan perkhidmatan kereta api kerana lebih cepat. Lalu, dia sering menyarungkan kasut sneakers dan meletakkan kasut tumit tinggi di dalam beg. Dia akan menukar kasut ketika sampai ke tempat acara fesyen berlangsung.
 
Power couple

Kali pertama bertentang mata Justin O’Shea di showroom Acne Studios, Copenhagen pada 2010 dan selepas tiga tahun berkawan mereka menjadi satu pasangan versatil dalam arena fesyen. O’Shea adalah Buying Director buat laman siber membeli-belah, MyTheresa.Com serta pengarang fesyen secara sambilan. Dia memberanikan diri untuk berkenalan dengan Heilbrunner.
 
T63385074_Max small

See also
Audemars Piguet Memberi Tribut Rekaan Berusia 40 Tahun Mereka