Use your ← → (arrow) keys to browse
Syarat untuk persembahan adibusana adalah untuk menyediakan satu gaun pengantin. Ini adalah idea gaun perkahwinan yang boleh kita cedok terus daripada pentas adibusana musim luruh 2021/2022.
High glamour dengan rencana yang cukup indah adalah janji utama label fesyen dalam mempersembahkan koleksi adibusana mereka. Pasaran ini memang menerima impak besar tatkala pendamik melanda. Tetapi, kini ia kembali kukuh dengan cetusan idea yang indah-indah. Bagaikan satu kisah dongeng yang sarat dengan nilai glamor, setiap adibusana ini mempunyai karakter yang terperinci. Idea gaun perkahwinan tidak hanya dibiarkan bosan. Rata-rata masih kekal ringkas tetapi punyai DNA jenama yang cukup berat. Membawa rencah idea masing-masing.