Memori Kehilangan Tujuan Koleksi SHALS Raya
SHALS menelaah memori sebagai koleksi raya yang menjanjikan keselesaan si pemakai dengan membawakan kesederhanaan & penuh emosi.
Pelancaran SHALS kali ini berbaur ‘Memori’ sebagai koleksi raya yang sentimental untuk anda. Koleksi ini didedikasikan untuk semua kenangan yang tidak dapat untuk dibawa balik. Mengingati dan menghargai detik-detik yang kita lalui semasa mereka dahulu ada dalam kehidupan kita. Koleksi ini mengingatkan kita bahawa kita bukan milik dia selamanya yang pasti, Memori kekal selamanya. Koleksi SHALS Raya memfokuskan pada siluet longgar dengan corak campuran & berwarna-warni dijamin akan membuatkan anda berasa dan bernafas lega semasa kita menyambut Raya dengan pahit manis kenangan.
Tahun ini, pengarah kreatif SHALS, Shalma Ainaa mengeluarkan idea di mana koleksi seharusnya tidak hanya memberi tumpuan kepada wanita dan perlu ada ruang yang cukup untuk lelaki. Juga kongsi dan pamerkan emosi mereka semasa memakai SHALS pada Raya ini. Memori telah dipilih untuk membolehkan pemakai berasa selesa, punya kelas, unik dan berani tidak kira dalam apa jua keadaan acara. Terdapat pelbagai gaya dan pelbagai warna pada koleksi raya ini yang bakal menambah almari pakaian Raya anda.
”Saya ingin berkongsi dengan komuniti SHALS bahawa ia akan menjadi lebih baik dan biarkan kenangan kekal selama-lamanya, barulah anda mampu menjadi lebih kuat, lebih bijak dan lebih bahagia” katanya. “Beberapa siri foto dan puisi yang menonjolkan apa itu Memori telah ditunjukkan sepanjang pelancaran dan tidak lupa filem pendek yang diterajui oleh Jasmine telah dikeluarkan sebagai pengakhiran yang sentimental kepada koleksi Raya tahun ini,” kata Shalma.
Oleh itu, dengan hala tuju kreatif Shalma Ainaa dan SHALS team lancarnya koleksi yang membawakan kesederhanaan dan emosi sentimental yang dengan anggun menceritakan kisah tersendiri dalam pakaian raya tahun ini. Terdapat 24 rekaan yang menggabungkan lelaki dan wanita pada semua platform dalam talian & luar talian. Dengan adanya SHALS latest rebranding, komuniti SHALS akan berpeluang mendapat hadiah daripada SHALS yang membawa imej jenama baharu brand ini. Keluaran pertama, sebanyak 12 rekaan akan diperkenalkan yang merangkumi lelaki & wanita potongan pakaian dalam pelbagai warna bermula dari saiz XS hingga XXL, bermula dari harga RM149 sehingga RM349.
Artikel berkaitan: Terang Dan Segar Dihimpunkan Musim Bunga H&M