5 Highlight Terbaik Sepanjang KLFW 2024
KLFW 2024

5 Highlight Terbaik Sepanjang KLFW 2024

Sangat memukau, tirai Kuala Lumpur Fashion Week 2024 telah pun berlabuh pada hari Ahad. GLAM menyenaraikan lima highlight sekitar tujuh hari berlangsungnya Minggu Fesyen yang penuh gemilang ini. 

Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini sudah pun berakhir! Pusat beli-belah ikonik Suria KLCC serta KLCC (Holdings) Sdn Bhd buat pertama kali menjadi destinasi tuan rumah untuk tahun ini. Sudah pasti, minggu fesyen yang ikonik ini mempunyai momen-momen yang tidak dapat dilupakan.

Berikut Ialah 5 Highlight Terbaik Sepanjang Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2024)

Jom kita imbas satu persatu!

1. Koleksi Abu Cultura

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Pereke fesyen terkenal, Abu Shaef Hamza mempersembahkan sebuah koleksi yang cukup mengagumkan di KLFW 2024. Yuna yang merupakan muse untuk Abu Cultura Collection ini menampilkan sehingga 60 helaian. Koleksi ini juga merupakan antara pertunjukkan fesyen pilihan GLAM yang menyerlahkan keunikkannya yang tersendiri daripada koleksi kasual ke koleksi futuristik.

See also
Milan Fashion Week Musim Bunga 2025

2. Kemunculan Istimewa Dato’ Seri Vida

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Dato’ Seri Vida yang merupakan muse kepada Behati menutup acara pertunjukan fesyen tersebut di Kuala Lumpur Fashion Week 2024 dalam balutan busana dengan mesej yang jelas. Kelihatan memukau dan berani menyarung gaun rona merah, hijau, hitam dan putih sambil menjinjit beg berwarna merah.

3. Koleksi Act III: Future oleh Alia Bastamam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Tidak pernah mengecawakan, himpunan Alia Bastamam di KLFW tahun ini sentiasa mengekalkan momentum dan identitinya namun dalam nuansa yang lebih segar. Pereka fesyen tempatan itu memberi previu anggun di KLFW sebelum mempersembahkan himpunan penuh musim bunga 2025 di Dubai pada September ini. Alia Bastamam sentiasa on point dalam pemilihan fabrik, rona ombre dan siluet yang feminin.

4. Pereka Fesyen Muda Di KLFW 2024 Pilihan GLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Pereka fesyen muda yang semakin meningkat naik dan kegemaran penggemar fesyen genarasi kini, MSYD menampilkan koleksi ‘Sophomore’ di KLFW 2024 pada hari terakhir acara pertunjukkan fesyen. Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini semakin terserlah dan berani bermain dengan warna, tekstur, penggunaan fabrik dan pattern yang menarik.

See also
LFW: Cetusan Ilham Shakespeare di Mulberry

5. Kemunculan Istimewa Penyampai Radio ERA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Sangat mengejutkan! Super Sunday kolaborasi bersama radio tempatan ERA dan membuat kemunculan unik membariskan model penyampai radio. Antara yang turut menyertai pentas landasan fesyen ialah Nabil Zira, Fazziq Muqris, Hawa Rizwana Redzuan, Munaa Bella, Shasha Nadira Rosli dan Radin.

 

Artikel berkaitan: Debaran KLFW 2024 Hampir Menjelang Tiba!