Hatta Dolmat Menjulang Kesedaran Sustainable Fashion - Glam Malaysia
hatta dolmat

Hatta Dolmat Menjulang Kesedaran Sustainable Fashion

Banyak sudah koleksi Hatta Dolmat dipertontonkan buat kelompok fesyen. Menjadi salah seorang pereka fesyen yang prolifik, menjadikan dia sebagai orang penting dalam arena fesyen lokal Lantas dia menggunakan platform ini sebaiknya. Paling terbaru, dia kini aktif dalam membina kesedaran tentang pentingnya menjaga kelestarian alam sekitar. Tahun lalu, Hatta menghasilkan koleksi hijau dengan kerja sama bersama satu unit badan kerajaan.

Hatta Dolmat cukup aktif dalam melancarkan kempen kelestarian alam sekitar, apa pokok misinya?

Kelestarian alam sekitar dan fesyen terutama tekstil masih hijau di Malaysia. Masyarakat dan kelompok pemain fesyen juga masih kurang difahami. Cabaran Hatta adalah untuk mengubah persepsi fikiran mereka yang beranggapan isu ini kuno dan tidak glamor. Masuk suntik ilmu pada setiap lapisan umum termasuk orang fesyen kita. Misi Hatta juga turut selari seperti mana misi Matlamat Pembangunan Mampan PBB, klausa 12 serta 14. Setiap klausa ini membawa takrifan tersendiri dan Hatta selaku pelopor kelestarian fesyen di Malaysia kekal mencorak industri mengikut klausa yang ditetapkan.

See also
Memo GLAM: See Now, Buy Now?
Yuna dalam persalinan sut menggunakan fabrik berasaskan plastik ilham Hatta Dolmat

Bagaimana usaha Hatta dalam menjaga alam sekitar dan efeknya pada dunia fesyen?

Penjagaan alam sekitar bermula dari rumah. Semudahnya mengurangkan penggunaan plastik sehinggalah menggunakan plastik terbuang untuk dijadikan fabrik bagi himpunan koleksi Hatta. Kesan terhadap industri fesyen masih kecil. Namun, kesedaran telah ada dalam segelintir yang berminat. Tetapi, kesan terhadap alam sekitar besar maknanya. Sehingga kini, kami telah menggunakan hampir 600 botol plastik terbuang bagi menghasilkan dua koleksi hijau Hatta yang dipentaskan di KLFW2020 serta hasil kolaborasi kami bersama sebuah agensi kerajaan.

Cerita sedikit tentang koleksi hijau yang dilancarkan oleh Hatta Dolmat?

Konsepnya mudah. Hatta menekankan dua konsep utama dalam setiap koleksi Hatta iaitu Upcycle dan Recycle. Setiap konsep ini haruslah diterapkan dengan pengisian dan jalan cerita agar mudah bagi masyarakat memahami dan melihat kesan baik terhadap alam sekitar. Bagi Hatta untuk menghasilkan koleksi hijau yang pertama di KLFW2020 bukanlah satu perjalanan yang mudah. Hatta menuntut ilmu daripada ramai pihak serta kajian terperinci bagi mengekalkan kualiti. Ini kerana, hasil bagi setiap jenis kain yang diperbuat daripada botol plastik kitar semula adalah berbeza. Penting bagi Hatta mengisi ilmu terlebih dahulu sebelum melancarkan koleksi hijau secara meluas seperti yang kami jalankan sekarang.

Apa impian Hatta dalam memupuk nilai kesedaran tentang alam sekitar buat dunia fesyen?

See also
GLAM It-Girl: Fyra Al-Yahya

Impian Hatta agar dunia fesyen tempatan akan lebih terbuka dalam mengikuti perkembangan isu kelestarian alam sekitar seperti mana dunia fesyen antarabangsa. Hatta juga berharap agar pemain industri kita lebih peka dan sensitif terhadap isu alam sekitar dan isu semasa agar tidak dilihat berada di dalam kantung kemewahan kecil kita yang sementara. Sentiasa menggali ilmu adalah prinsip Hatta dalam mengusung industri fesyen kita ke peringkat yang lebih tinggi.

Artikel Berkaitan: Louis Vuitton Cruise 2022, Ini 10 Looks Yang Hangat!