Use your ← → (arrow) keys to browse
Selain gula-gula dan parti, Hallowee juga merupakan peluang untuk sesiapa sahaja mengenakan kostum tanpa mengira umur dan jantina dan jadi apa atau siapa yang mereka inginkan. Asalkan kostum tersebut tidak menyinggung mana-mana pihak, all is good. Selain kita rakyat marhaen ini, tahukah anda golongan mana yang lebih nampak seronok meraikan malam penuh jenaka dan suka ria ini? Selebriti. Tahun-tahun sebelum ini media sosial dibanjiri dengan imej-imej selebriti dengan kostum mereka yang jika dijadikan satu pertandingan di Hollywood, reaksinya pasti mengagumkan. Tahun 2017 juga tidak kurang hebatnya. Malah ada yang membuat keputusan untuk menyambut Halloween lebih awal dek kerana terlalu teruja untuk mempertontonkan kostum mereka. Jadi GLAM telah memilih kostum-kostum selebriti kegemaran kami untuk tahun ini. Get freakishly inspired!