Hailey Bieber Beri ‘Hint’ Trend Fesyen That Will Influence You! - Glam Malaysia

Hailey Bieber Beri ‘Hint’ Trend Fesyen That Will Influence You!

Kisah percutian pasangan terhangat di Hollywood, Justin Bieber dan Hailey Bieber masih berlegar di alam maya. Dengan muat turun gambar percutian yang menarik oleh oleh Justin Bieber (mostly),  GLAM terpaku pada gaya yang ditampilkan oleh isteri penerima anugerah Grammy, Hailey Bieber. Tampil bersahaja menerusi gaya après-ski, Hailey menyarungkan satu koleksi vintaj yang istimewa, mungkin di mata anda menganggap bahawa dia hanya memakai kot bulu palsu semasa bersarapan di Aspen. Namun, padanan yang disarungkan itu punya cerita tersendiri.

Di Hailey Bieber: Kot Vintaj, Beg Miu Miu Aventure, Kaca Mata Hitam Gucci Kredit: Backgrid

Gaya asas cukup ringkas, Hailey memnyarungkan baju T hitam dipadankan dengan jeans bootcut warna biru muda. Aksesori yang dipilih juga ringkas, padanan topi baseball biru New York Yankees dan cermin mata hitam berbentuk bujur. Untuk melengkapi warna coklat pada kot, Hailey memakai loafers suede coklat dengan rekaan square-toe dan tumit blok, dipadankan dengan stokin putih—sepadan dengan beg coklat Miu Miu Aventure miliknya. Dan, tentunya, tiada gaya Hailey Bieber yang lengkap tanpa sarung telefon jenama Rhode berwarna mahogany.

See also
Bag of The Month: DIOR The Lady 95.22

Ingrid Seynhaeve, Ralph Lauren Pentas Musim Luruh 1995

Siapa sangka gaya bersahaja ini digayakan oleh penata gaya fesyen terkenal, Dani Michelle.  Pengasas jenama Rhode ini menyarungkan kot warna coklat gelap dari koleksi Ralph Lauren musim luruh 1995 yang pernah diperagakan oleh Model Ingrid Seynhaeve di pentas Ralph Lauren bersama dengan sut double-breasted. Kot bulu ini dibeli dari pusat fesyen vintaj terkenal, The Reallist.

Walaupun gaya inspirasi boyish ini selari dengan personaliti Bieber dia memilih sesuatu yang lebih santai. Umum tahu, ia adalah gaya klasik Hailey Bieber. Namun, dengan kot vintaj Ralph Lauren, dia membawa penampilannya ke tahap yang lebih eksklusif.

Artikel Berkaitan: Gaya ‘Power Suit’ Hailey Bieber yang Anggun dan Berani