Fur-Free Untuk Gucci Dengan Koleksi Spring 2018

Gucci Is Done With Fur For 2018

It’s about time, Gucci!

 

Pertunjukan koleksi Spring/Summer 2018 baru sahaja berakhir di Paris beberapa minggu yang lalu dan jenama ikonik dari Itali Gucci telah tampil dengan azam baru mereka buat 2018 bahawa mereka tidak akan menjual sebarang ceraian mereka yang mempunyai bulu dengan koleksi Spring 2018 akan datang.

 

Marco Bizzarri dan Alessandro Michele
Foto Michael Buckner

“Mempunyai tanggungjawab kepada khalayak umum merupakan salah satu nilai utama Gucci, dan kami akan terus berusaha untuk menjadi lebih bagus demi alam sekitar dan juga fauna,” ujar presiden dan ketua eksekutif Gucci Marco Bizzarri kepada Humane Society of the United States. “Kami berharap tindakan kami ini akan memberi inspirasi dan memberi kesedaran, mengubah industri fashion mewah untuk menjadi lebih baik.”

 

Foto IMAXtree via TheImpression

Gucci juga telah berdaftar dengan Fur Free Alliance, yakni sebuah organisasi yang menjanjikan penghentian eksploitasi dan pembunuhan haiwan untuk bulu mereka.

See also
Kaca Mata Kegilaan Selebriti Kini!

 

Keputusan Gucci untuk enjadi sebuah jenama dan syarikat fur-free juga merupakaan salah satu inisiatif mereka untuk pemodenan jenama besar ini secara falsafah dan kelestarian Gucci. Ia juga secara tidak langsung melibatkan prinsip pekerja mereka sendiri “Saya harus melakukannya, kalau tidak bakat-bakat besar tidak akan mahu bekerja untuk Gucci.”

 

“Anda rasa mengguna bulu pada hari ini dianggap moden? Saya tidak rasa ia masih moden dan itu juga merupakan sebab kenapa kami membuat keputusan untuk menghentikannya. Ia agak ketinggalan zaman,” nyata Bizzarri kepada BoF.

 

“Kreativiti boleh didapati di mana-mana sahaja dan kita tidak perlu menggunakan bulu [untuk fesyen].”

 

Dengan ini Gucci menyertai beberapa lagi pereka ternama yang telah membuat keputusan yang sama seperti Giorgio Armani, Ralph Lauren, Tommy Hilfiger, Stella McCartney, dan ramai lagi.