Dikenali dengan nama Soko, dia merupakan seorang penari, pemuzik, pelakon dan juga penulis lagu. Wajahnya sering kelihatan di barisan hadapan pementasan fesyen untuk Stella McCartney, Lanvin, Giambattista Valli, dan juga Chanel.
Pentas musim Cruise’17 Gucci yang lalu, dia diberi akses istimewa oleh jenama ini untuk merakamkan video dan gambar menerusi aplikasi snapchat. Nyata, dia adalah wakil wanita digital era ini.