Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas penganjuran Golden Globes minggu lalu, karpet merah majlis anugerah terus dimeriahkan dengan acara Critics’ Choice Awards ke-28 yang berlangsung semalam.
Diadakan di Fairmont Century Plaza Hotel, Los Angeles, Critic’s Choice Awards yang dihoskan oleh pelawak Chelsea Handle memberi pengiktirafan kepada persembahan terbaik dalam filem dan televisyen pada tahun ini.
Walau tidak segah Golden Globes dan Oscar, ia tetap gemilang dengan kehadiran barisan selebriti yang hadir dalam persalinan memukau daripada gaun berkilauan dan beropol sehingga sut tradisional dengan sentuhan segar.