GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week - Page 8 of 8 - Glam Malaysia

GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week

Extravagant merupakan perkataan yang sesuai tatkala menerangkan Minggu Fesyen Adi Busana di Paris baru-baru ini dan saban musim pereka-pereka fesyen tidak pernah mengecewakan lagi dengan koleksi mereka.

 

Musim ini juga menampakkan beberapa kedatangan baru kepada jadual Couture Week dengan penambahan seperti Rodarte dan Proenza Schouler untuk koleksi Spring 2018 mereka.

 

Couture Week juga merupakan peluang buat pereka fesyen untuk bereksperimen dengan konsep-konsep yang mungkin mereka enggan gunakan dalam koleksi ready-to-wear mereka dan honestly kami tidak kisah pun jika mereka menerapkan konsep adi busana ke dalam koleksi sedia pakai mereka.

 

GLAM menyenaraikan koleksi-koleksi yang menambat hati fesyen kami sepanjang Fall 2017 Couture Week ini:

8 of 8

FENDI

Fendi Paris Haute Couture Fall Winter 2017-2018 in Paris, France on July 6, 2017. (Photo by Jonas Gustavsson) *** Please Use Credit from Credit Field ***

Pertunjukan koleksi Fall 2017 Fendi Haute Fourrure ibarat satu persembahan teater menarik dengan setiap ceraian menceritakan cerita mereka sebagai dialog dengan tema “Flowers From Another World.”

 

Tema ini jelas kelihatan dalam hampir setiap cerian yang ditampilkan. Daripada dress merah floral sebagai pembukaan pertunjukan tersebut sehinggalah ke finale koleksi tersebut Dress les putih dengan motif floral yang menawan.

 

Lagerfeld berjaya mempersembahkan semangat wanita Roman yang penuh fantasi.