GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week - Page 7 of 8 - Glam Malaysia

GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week

Extravagant merupakan perkataan yang sesuai tatkala menerangkan Minggu Fesyen Adi Busana di Paris baru-baru ini dan saban musim pereka-pereka fesyen tidak pernah mengecewakan lagi dengan koleksi mereka.

 

Musim ini juga menampakkan beberapa kedatangan baru kepada jadual Couture Week dengan penambahan seperti Rodarte dan Proenza Schouler untuk koleksi Spring 2018 mereka.

 

Couture Week juga merupakan peluang buat pereka fesyen untuk bereksperimen dengan konsep-konsep yang mungkin mereka enggan gunakan dalam koleksi ready-to-wear mereka dan honestly kami tidak kisah pun jika mereka menerapkan konsep adi busana ke dalam koleksi sedia pakai mereka.

 

GLAM menyenaraikan koleksi-koleksi yang menambat hati fesyen kami sepanjang Fall 2017 Couture Week ini:

7 of 8

ELIE SAAB

Elie Saab sekali lagi delivers koleksi dramatik yang penuh magis namun kali ini tema yang merangkumi koleksi ini adalah puteri-puteri bunian yang berupaya untuk memerintah sesuatu  kerajaan jika mereka mahu.

 

Jika anda meminati rancangan tv bersiri Game of Thrones anda pasti faham apa yang kami maksudkan.

 

Gabungan fabrik baldu dengan fabrik yang beralun ibarat ditiup angin memberikan imej mereka sedang bertarung namun pada masa yang sama mengekalkan aura regal.